Monday, 30 March 2020

Laporan : Tahap Penerimaan Anime Di Pakistan

Ada satu penulisan aku berbahasa Inggeris yang berkaitan dengan Danmachi[1] dikongsi oleh page yang dikelola oleh warga Pakistan (bukan pakistan dok Malaysia ni), tetapi terbuka untuk antarabangsa yang bernama Musannif.

Page ini bermatlamatkan mengongsikan penulisan dan puisi yang bertemakan ekspresif (berkaitan dengan emosi) dalam bahasa Inggeris dan Pakistan. Sepanjang aku ikuti page ini, tidak pernah ada unsur anime, baik untuk penulisan / puisi atau gambar yang dilampirkan ada kaitan dengan anime. Perkongsian penulisan aku tu je yang berani mati.

Kemudian, ada satu komen pada tu yang minta rekomendasi tentang bagus atau tidak anime ini untuk ditonton.

image

Terus-terang, soalan ini agak susah untuk aku jawab secara sebegitu sahaja. Dua sebab telah tertulis dalam gambar. Tetapi, ada tiga lagi sebab yang aku sembunyikan. Bagi yang dah tonton, tahulah sebab kenapa aku tak cakap direct. Ok, itu yang pertama.

Kedua, kemuncak untuk Danmachi adalah episod 8. Yang ni mana-mana yang dah tonton pasti akan “hype” dalam episod ini. Even, aku baca komentar beberapa orang, kat sini lah Danmachi bagi mereka ia menyerlah. Bukanlah bermakna episod sebelumnya tak best. Cuma, ia berbalik pada nombor satu. Takut2 bila dah tahu hakikat episod sebelum yang kelapan, dia drop awal2 dan kecewa.

Sekarang, aku dah tau jawapannya. Terima kasih atas jawapan dari warga Pakistan.

Bukan apa. Aku tak dapat gambaran yang sebenar tentang Pakistan ni macam mana. Sebab yang aku tengok adalah Pakistan yang dok Malaysia ni. Pakai ketayap dan kurta ke mana-mana berwajah soleh macam jemaah tabligh dan alim bergraduasi dari Deobandi.

Aku ingat sama je Pakistan yang aku tanggapkan ini dengan Pakistan yang kata sana nu. Tu pasal, aku agak payah nak bagi jawapan sama macam aku cakap sesama weebs atau non-weebs di Malaysia. Ini sebab yang ketiga.

Sekian, laporan hari ini .

[1]https://www.facebook.com/1725414260839810/photos/a.1755298101184759/2517366954977866/

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2984790288238211&set=pb.100001218067654.-2207520000.1571036236.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment