
Aku faham betul perasaan ni. Aku dulu pernah merasa macam mana bila “terperangkap” dalam mimpi yang mana aku menjadi orang lain yang bukan diri aku yang sebenarnya. Semua tentang diri aku, kenalan aku, keluarga aku dan suasana hidup aku semuanya diubah. Sampai aku rasa inilah diri aku yang sebenarnya dan aku macam memang hidup di situ.
Tetapi, entah macam mana ada masa tu aku dapati ada kontradik antara apa yang aku ingat dan apa yang aku lalui sekarang ini di bawah “separa sedar”. Aku sudah mula rasa “this is not the place i should belong”. Bila aku cuba escape, seolah-olah ada kuasa yang cuba terus menekan dan manipulasi supaya aku terus di bawah kesedaran yang alam mimpi inilah alam yang aku sepatutnya berada. Bila ditekan habis, aku rasa “Habislah! nampaknya aku akan hidup di alam ini”. Aku masa tu dah rasa putus asa dan hilang harapan. Aku rasa masa itu aku dipindahkan ke “isekai” (dunia lain) dengan rasa, keluarga dan suasana lain serta melupai dunia lama aku.
Kemudian, entah macam mana lagi, aku dapat bangun dari mimpi tu. Masa tu, aku memang rasa dah yang aku tak boleh lepas lagi. Tapi, aku memang bersyukur betul dapat bangun. Lepas tu, aku tak sambung tidur balik sebab ngeri betul mimpi macam tu. Hidup menjadi diri yang bukan sebenarnya dan ditukar keluarga, kenalan dan persekitaran sepenuhnya, lalu di-brainwash bahawa itulah alam kehidupan.
Masa tu barulah aku faham perasaan Kaneki Ken dipaksa menjadi Haise Sasaki. Memang menakutkan dan memeritkan menjadi entiti diri yang bukan sebagaimana yang sejatinya. Sedih untuk meninggalkan seluruh kehidupan yang lama untuk kehidupan baru yang dipaksakan.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2822525107798064&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment