Monday, 30 March 2020

Warkah Elaine kepada Harlequin

Adinda sudah pun tahu bahawa kanda akan perkenan permintaan adinda. Kuasa kanda lebih hebat pabila kanda hanyunkannya untuk insan yang lain. Bukan sahaja untuk adinda, tetapi untuk sahabat kanda yang memerlukan kanda. Adinda tahu bahawa kanda lebih berhati mulia berbanding orang lain. Setelah kanda melihat kampung halaman kanda dibakar, adinda tahu betapa kanda sentiasa menyalahkan diri sendiri dan mengalirkan tidak terkira air mata untuk adinda dan orang lain. Adinda tahu bahawa kuasa kanda mampu menjadi tiada taranya.

Suatu masa dulu, kerajaan manusia berada dalam keamanan bersama Hutan Raja Peri. Itu bukan hanya petanda bagi persahabatan, itu juga sebuah perjanjian supaya kerajaan masing-masing tidak campur tangan antara satu sama lain. Namun, yang menjadikan rasa penghormatan tertinggi ialah sesuatu yang menghambat setiap pencerobohan dan mencetuskan ketakutan terhadap sesiapa yang menguji kuasa Raja Peri.

Raja, nama sebenarnya Raja Peri, Harlequin.

-Nanatsu no Taizai, season 1, episod 9-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2731076486942927&set=a.2757481107635798&type=3&theater

image

No comments:

Post a Comment