Monday, 30 March 2020

image

Antara penyesalan aku adalah aku tidak giatkan usaha untuk kemahiran melukis. Dulu pernah jugak lukis komik masa sekolah rendah dulu dan ada sambutan dari kawan. Tapi, bila aku tak nurture aku punya bakat, kemahiran seni melukis dah jauh macam langit dan bumi.

Sebab hari ini aku menyesal yang aku tak gilap bakat tu sebab aku tak dapat nak ekspresikan dan luahkan emosi, perasaan dan keadaan jiwa melalui lukisan. Sekarang ni, aku mampu terbitkan dan serlahkan semua itu melalui penulisan dan puisi, tapi masalahnya tak semua dapat dicoretkan melalui penulisan. Ada sebahagiannya hanya lukisan gambaran abstrak sahaja yang boleh menggambarkan keadaan jiwa aku. Bayangan dan gambaran tu dah ada jelas menetap dalam minda, cuma aku tak dapat nak manifestasikannya sebab aku. Itulah yang aku cukup menyesal.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2842216752495566&set=a.2837157806334794&type=3&theater

No comments:

Post a Comment