Friday, 14 April 2023

Kenapa Isteri Perlu Taat Kepada Suami?


Kenapa isteri perlu taat kepada suami? Kerana isterilah yang tuntut hak nafkah dari suami. Makanan, tempat tinggal (sama ada sewa atau beli sendiri), utiliti rumah (bil air, bil elektrik, cukai pintu dan selanggara), pakaian dan semua yang menjadi keperluan wajib.

Mudah cerita adalah kerja isteri minta semua ini kepada suami. Tiap-tiap bulan desak nafkah dari suami. Suruh suami jangan gagal bayar sewa atau ansuran rumah. Minta suami selesaikan sendiri bil air, bil elektrik dan penyelenggaraan rumah.

Kalau suami gagal, tuntut di mahkamah atau di hari akhirat kelak (jika mendalam keyakinan terhadap pengadilan di sana). Tidakkah mudah jadi perempuan?

Itu pun ada yang kufur nikmat ini. Apa minta ketaatan apabila dipenuhi, mereka kata: "Apabila wanita berkata tidak, maka tidak!". Namun, apabila bos suruh kerja lebih masa, taat tidak melawan.

Mereka berkata: "Wanita bukannya hamba untuk lelaki". Namun, apabila bos meminta untuk menyiapkan kerja yang di luar skopnya atau lebih dari waktunya dan tidak dibayar imbuhan atau kurang dari yang sepatutnya, sanggup buat dan taat, lebih-lebih lagi jika tidak mahu dibuang kerja.

"Pemerkasaan wanita?". Pembohong. Nafkah pun tuntut dari suami. Kata pemerkasaan wanita dan mahu menjadi wanita independen. Kenapa tidak mahu selesaikan sendiri urusan nafkah? Bab duit tiba-tiba jadi kedekut dan tidak boleh jadi perkasa untuk menunaikannya sendiri. Pemerkasaan wanita menjadi kedekut untuk suami dan anak-anak sendiri.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri memperingatkan tentang ramainya wanita di dalam neraka kerana Kufrōn al-ʿAšhīr (nikmat pasangan) dan Kufrōn al-Iḥsān (nikmat kebajikan).

Cuma, apabila kita mengungkapkan fakta ini, mereka berkata: "Eleh! Lelaki pun jangan rasa dia adalah ahli syurga!". Itu sebab kita tidak menang tangan untuk berbalah dengan orang sebegini.

"Lelaki yang tindas dan buli wanita macam macam mana pula?", balas mereka. Kita kata: "Yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم memperingatkan tentang al-Kufrōn ini bagaimana pula?". Buang masa bertekak dan bertikam lidah kalau masing-masing tidak mahu merefleksi diri sendiri dan hanya membuka vulnurabiliti orang lain untuk dipersalahkan.

-------------------------

Wemen : "Makan, minum, bil rumah (sewa atau beli ansuran), bil utiliti (air, elektrik dan cukai pintu), belanja anak sekolah dan keperluannya adalah tanggungjawab suami". Suami : "Benar sekali".

Wemen : "Memasak dan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri, tetapi ia adalah tanggungjawab suami". Suami : "Baiklah".

----Pusingan 2-----

Suami : "Hari ni makan nasi kosong je lah ya dengan anak. Nafkah yang wajib adalah makanan ruji tempatan, bukan makanan yang mewah atau melebihi keperluan. Abang nak minum di Starbuck dengan kawan-kawan yang ajak lepak". Wemen : "Apa kedekutnya awak nak bagi bini dan anak makan nasi kosong je? Berkira betul! Bapak aku boleh bagi makan ayam berkuah setiap hari. Kau pulak sedap melantak sorang-sorang makan sedap dan mewah di luar".

Suami : "Tonight, should we get banged?". Wemen : "When woman say no, it means no!"

Wemen : "Ni apehal pinggan mangkuk tak susun elok-elok?". Suami: "Biarlah. Bagi aku nampak kemas. Lagi pun, kenapa nak sibuk? Kan itu aku punya tanggungjawab. Yang masak pun aku. Yang beli pinggan dan mangkuk pun aku. Lantak aku lah nak susun pinggan mangkuk macam mana pun".

Suami: "Kawan ajak memancing. Teringin sangat nak pergi kat sungai sana". Wemen: "Anak isteri sendiri dah lupa? Kejar kawan yang sementara sampai sanggup tinggal keluarga yang kekal abadi?". Suami : "Tak ada pula dalam ketetapan agama yang mengatakan bahawa kalau suami mahu keluar, perlu minta izin dengan isteri dahulu".

Wemen : "Cantik baju kat butik ni. Tolong beli untuk saya". Suami: "Ini bukan termasuk bahagian nafkah yang wajib. Nafkah pakaian wajib adalah yang memadai untuk menutup aurat dengan sempurna dan boleh tahan cuaca semasa". Wemen: "Apa dengan isteri sendiri berkira sangat? Ayah aku boleh je belanja tanpa banyak songeh!".

Suami : "Alamak. Duit bulan ini habis bayar baiki motor dan kereta, boleh tak hulur sikit duit untuk tampung kos?". Wemen : "Amboi kau. Duit aku adalah aku punya. Duit kau carilah sendiri".

Suami: "Alhamdulillah. Dapat juga bahagian faraid". Wemen: "Kau dapat bahagian lebih dari perempuan, kan? Jangan lupa belanja anak isteri!".

Suami: "Saya nak kahwin lagi". Wemen: "Amboi kau! Menggatal! Tamak! Dah tak berkenan isteri sekarang ni ke?". Wemen: "Tidak ada pula dalam Islam yang mengatakan kalau ingin berpoligami, perlu minta izin isteri pertama dahulu".

Suami: "Tak boleh ke taat untuk suami?". Wemen: "Kau tu suami, bukan tuan aku. Kau ingat aku hamba kau ke nak aku taat?".

Bos di pejabat: "Hello miss wemen. Dua tiga bulan ini sibuk dengan macam-macam kerja. Maaflah kalau perlu buat kerja yang bukan skop awak kerana kita kekurangan pekerja. Ramai yang sudah diterminasi untuk selamatkan syarikat. Kerja awak ini mungkin boleh tolong beri nafas kepada syarikat untuk bertahan berbulan-bulan. Maaf mungkin tiada elaun, bonus dan bayaran kerja lebih masa kerana situasi syarikat yang meruncing". Wemen: "Baiklah bos!".

----------------

Di negara Arab pernah ada seorang wanita yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiada dalil syarie yang menyebutkan kewajipan mengemas rumah. Nampaknya bukan di Malaysia sahaja yang berbincang tentang ini.

Cuma, kalau masing-masing ikut rigid bulat-bulat pada bahagian wajib sahaja, cuba tengok situasi di atas. Bolehkah perkahwinan akan menjadi rumah tangga yang bahagia?

Perkahwinan adalah di atas dasar mawaddah (intimasi) dan rahmah (romantik). Apa yang menjadi garis panduan dalam kitab fiqh untuk menyenaraikan peranan lelaki dan wanita adalah sebagai ketetapan hitam putih agar tidak ada konflik apabila berlaku pertikaian. Maksudnya adalah masing-masing tidak saling menyalahkan dan saling bercakaran tentang siapa yang patut bertanggungjawab untuk itu dan ini.

Kalau kehidupan rumah tangga hanya sekadar untuk rigid untuk melekat pada keperluan minimum, lihatlah apa yang saya paparkan di atas. Tidakkah rasa betapa keringnya kehidupan sebagai sebuah keluarga?

Apabila masing-masing sekadar untuk menunaikan yang minimum, masing-masing akan bermain tuntutan hak dan luntur belas kasihan antara satu sama lain kerana hanya merebut hak dirinya, bukan untuk kebaikan bersama dengan pasangan dengan kompromi sebahagian dan berkorban sebahagian.

No comments:

Post a Comment