Apabila kita kenal musuh, kita akan lebih berhati-hati apabila bercakap supaya tidak nampak semirip dengan musuh jika ia adalah sesuatu pembeza yang kritikal. Jika tidak, sama ada memang kefahaman kita dalam isu itu adalah sama dengan musuh sama ada secara keseluruhan atau secara sebahagian atau sememangnya kita benar-benar tidak kenal bagaimana rupa sebenar musuh.
Sebab itulah aku sangat marah apabila ada orang bercakap macam itu. Kalam mereka itu sudah pun tertulis lama dan tersebar dalam penulisan mereka atau wacana yang berkaitan dengan mereka.
Syubhat mereka sudah lama aku usaha untuk patahkan dan lawan. Dia pula senang-lenang bercakap sama macam musuh yang aku berhadapan dengannya di khayalak umum dan tersebar secara pantas dan meluas.
Dia bising sebab aku marah kerana salah faham maksud atau seumpamanya, tetapi dia tidak tahu yang sebenarnya musuh yang dia benci pun cakap perkara yang seiras yang dia cakap, tetapi dia tidak sedar. Kerana dia ignoran tentang musuh itulah yang dia tidak faham apa sebab aku marah.
Dia mahu pertahankan kenyataan itu, dia patut cuba ambil masa sebentar untuk lihat syubhat musuh dan cubalah cari jalan untuk mematahkannya. Masa itu, dia akan lihat mengapa aku menyimpan kemarahan yang amat apabila dia tergamak bercakap sedemikian sambil lewa.
Cakaplah aku salah faham atau apa. Tetapi, aku mahu dia tengok sendiri bagaimana musuhnya bercakap dan membawakan syubhat. Masa itu, akan jelas siapa yang salah faham.
Dalam hati ini, meletus-letus kemarahan. Banyak benda aku mahu hamburkan. Semua maki hamun itu tinggal tunggu untuk dimuntahkan sahaja.
Tapi, aku cuba kawal diri dan coretkan sedikit kata-kata ini. Aku beri nasihat secara baik-baik.
Kalau tidak mahu hadam juga, jangan kata selepas ini aku tidak jaga tatasusila. Ingat ya. Aku sudah cakap elok-elok sekarang ini.
No comments:
Post a Comment