Friday, 1 January 2021

Suruh PM Atau Jumpa Dia, Tetapi Dialah Kaki Block Orang


LMAO. Bila kita tegur secara umum terhadap orang buat kenyataan salah atau bodoh secara terbuka atau menuduh atau mengata buruk pada orang lain sedangkan dia tidak pernah bertemu pun orang tersebut dan tuduhan atau apa yang dia sifatkan orang itu adalah tidak betul hakikatnya, pengikut-pengikutnya atau macai-macainya suruh kita PM dia atau suruh jumpa dia bersemuka, padahal kita sudah lama kena block dengan dia.

Tak payah sembanglah nak suruh PM kalau jenis kaki block. Jumpa bersemuka? Haram jadah nak buat macam tu. Kalau di laman maya suka block orang, apa lagi di dunia nyata.

Macai yang suruh kita PM atau jumpa bersemuka hakikatnya sebenarnya nak tutup kritikan terhadapnya dan keras kepala.

Walhal orang itu bila kantoi buat salah secara terbuka sama ada di pentas ceramah atau hantaran umum, baru terhegeh-hegeh nak ulangkaji dan semak. Baru nak cari siapa yang boleh bantu dia untuk kuatkan hujah dia. Contohnya, dia kantoi menyebarkan hadis palsu secara umum, masa tu baru terkial-kial siapa yang boleh tolong bela dia atau siapa yang boleh tolong untuk dia jadikan sandaran walau untuk sekurang-kurangnya mengurangkan kerosakan yang dia lakukan.

Orang lain yang dia kutuk pula, bukannya nak jumpa depan-depan. Dah didesak pun, tak nak juga bersua muka sebab ego sangat. Dah lah tak malu memalukan orang lain di khayalak. Lepas kantoi terciduk, itu pun tiada minta maaf dan tidak mahu bertemu empat mata.

Ini orang yang nak dikata suruh PM dan jumpa depan-depan? Ppppfffttt. Kepala abah kau!

Masa kat pentas ceramah atau menulis di hantaran, tak ada guna otak dan berhemat. Bila dah kena balun beramai-ramai, baru tengadah.

No comments:

Post a Comment