Wednesday, 27 January 2021

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 26 : Ashiya Douman


Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Ashiya Doman

>Ashiya. Ejaan yang terdekat adalah Ašhyāʾ(أَشْيَاء), jamak (plural) kepada Šhayʾ (شَيْء), yang bermaksud # sesuatu #.

>Douman. Ada dua ejaan. Yang pertama adalah ejaan dari maṣdar (gerund), Ḍoman (ضَمَنَ) yang dari perkataan Ḍomina - Yaḍmanu (ضَمِنَ - يَضْمَنُ). Ia bermaksud :

a) Iṣōbah al-ʿIllah Wa Luzumuhā (إِصَابَةُ الْعِلَّةِ أَوْ لُزُومُهَا), iaitu # terjangkit #.

b) Jika disebutkan aḍ-Ḍoman ʿAlā Ahlih (الضَّمَنُ عَلَى أَهْلِهِ), ia bermaksud Ṣōro ʿAlā Ahlih (صَارَ عَالَةً عَلَيْهِمْ), iaitu # menjadi beban # terhadap keluarga.

c) Kafl (كَفْل), iaitu # penjaminan #

d) Ḍomm (ضَمٌّ), iaitu # pengumpulan #.

e) Iḥtiwāʾ(احْتِوَاء), iaitu # mengandungi # (sesuatu)

f) Al-Jazm Bi Ṣolāḥiyatih Wa Kẖuluwwih Mimmā Yaʿībuh (الْجَزْمُ بِصَلَاحِيَتِهِ وَخُلُوِّهِ مِمَّا يَعِيبُهُ), iaitu # pemberian jaminan yang baik #

g) Taʾmīn al-Maʿāšh (تَأْمِينُ المَعَاشِ), iaitu # pengamanan kehidupan #.

Yang kedua adalah ejaan dari ism al-Jāmid (non-derivative noun) Ḍomān (ضَمَانٌ), ia bermaksud al-Kafālah Wa al-Iltizām (الْكَفَالَةُ وَالْالْتِزَامُ), iaitu # jaminan #.

Rujukan :

(a) Almaany Online Dictionary
(b) Al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment