Sunday, 29 November 2020

"Jumpalah Dia Secara Berdepan" : Alasan Untuk Menutup Kritikan


Benar. Kenal sangat taktik murahan macai, pengikut atau pembela tokoh apabila buat kenyataan yang salah secara umum atau hentam orang secara terbuka, suruhan atau cadangan adalah jumpa berdepan dan bincang elok-elok. Ada lah beberapa tuduhan tidak elok sebab kita bagi komentar secara umum.
Walhal, sebelum tokoh tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian, ada dia jumpa depan-depan dan bincang elok-elok dengan ahlinya terlebih dahulu untuk kepastian? Ada dia buat ulangkaji dan belajar sebelum bercakap?

Kadang bukan sekali dua tokoh tersebut main hentam, lepas cakap dan melulu. Ada sesetengah kes, dia pun serang orang lain secara terbuka tanpa berjumpa depan-depan sepertimana para pengikut atau pembelanya cadangkan kepada pengkritiknya.

Bila dihentam dan dikritik, baru terhegeh-hegeh mahu cari rujukan dan belajar. Itu pun mengharap orang cari hujah pembelaan dan sokongan. Itu pun lepas dihentam dan dikritik, baru terkial-kial mahu cari siapa boleh tolong. Tidak ada daya kendiri untuk tegakkan hujah pendapatnya sendiri.

Sudah tahu tidak ada kemampuan mengapa dari awal tidak mahu cari siapa yang boleh bersandar? Orang sudah bising, baru mahu cari siapa yang boleh menjadi rujukan.

Prinsipnya mudah sahaja. Kalau tidak boleh terima kritikan dan hentaman secara terbuka, janganlah buat kenyataan secara terbuka. Mudah!

Nota : Ini baru suruh jumpa depan-depan, kadang ada juga yang suka main falasi seperti Ad-Hominem, Contrast Effect, Halo Effect, Argumentum Ad Misericordiam, Red Herring, Tu Quoque, Bandwagon dan lain-lain falasi.

No comments:

Post a Comment