Baiklah. Kalau generasi sekarang ini adalah sampah dan macam-macam kutukan, rasanya anak-anak ini ambil inspirasi, pendidikan dan corak pemikiran dan gaya hidup ini dari mana?
Contohnya. Anak-anak kecil kita suka sangat melayan gajet dan ketagih. Daripada siapa punca ketagihan ini meresap dalam jiwa mereka? Adakah mereka sendiri beli gajet itu dengan guna duit poketnya sendiri, kemudian kerap bergelumang dalam duna gajet?
Contoh lain. Pengaruh bahasa Melayu di negara kita tidak begitu kuat. Dah boleh jadi bahasa sampingan jika mahu. Punca ini daripada siapa? Adakah tiba-tiba berlaku pada hari ini?
Dulu saya bekerja di kedai buku. Nak tau bahagian mana yang selalu bersepah dan banyak rosak stok kedai? Bahagian kanak-kanak! Ya. Kanak-kanak buat tabur, sepah dan rosak barangan dalam kedai. Punca daripada siapa yang menyebabkan anak-anak ini buat pedajjal sebegini di kedai orang? Adakah kebetulan mereka buat perangai macam tu?
Benar. Sebab itulah bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang mencorakkan anak ini macam mana. Perangai anak ini juga rentetan daripada generasi terdahulu. Kalau tak dilihat coraknya dalam satu generasi, mungkin akan nampak pengaruhnya pada beberapa generasi kemudian.
Sebab itu, sebelum nak mengata sangat anak muda sekarang ini macam-macam, sedarlah sikit siapa antara penyumbangnya?
Sekarang ini, nak banding generasi mana yang lebih teruk, kita katakan dua-dua sama sahaja. Dua-dua ada senang dan susahnya. Dua-dua ada nikmatnya dan azabnya. Dua-dua ada penyumbangnya dan perosaknya. Cuma, berlainan bentuk. Persepsi tentang kesemua itu bukan semestinya ikut kepala otak kita.
Hidup ini bukan untuk banding siapa yang lebih susah, kemudian jadi istimewa. Bukan untuk berlumba-lumba siapa yang hidup paling menderita, namun menyerlah. Sebab hidup kita banyak susah dan menderita daripada orang lain, kita boleh berlagak dan hidung tinggi? Kemudian, kita ada alasan untuk memandang lekeh terhadap orang dan dengki orang yang lebih senang?
Sepatutnya kita bersyukur dan zahirkan kesyukuran itu dengan menyumbang yang baik kepada masyarakat atau sekurang-kurangnya menjadi inspirasi kepada yang lain, bukan perlekeh orang lain.
======================
Saya dulu belajar bahasa Arab dengan ustaz Rusdi Alias. Saya ingat lagi antara yang beliau cakap adalah "untungnya tuan-tuan dan puan-puan, dulu saya belajar bahasa Arab punyalah payah. Sekarang ini, tuan-tuan dan puan-puan sudah ada kaedah mudah (kaedah ustaz saya dalam mengajar). Tak payah pening-pening macam saya lagi".
Hasil usaha ustaz Rusdi. makcik pakcik warga emas yang tak ada latar belakang pengajian agama boleh baca kitab Arab tanpa baris! Pergilah kelasnya kalau tak percaya.
Apa ni? Entah lah. Aku pun tak tau kenapa aku teringat benda ini. Haha.
Mungkin -pada hemat aku-, sekalipun ustaz melalui zaman keperitan, dia tak ada lah kata kepada muridnya kena hafal matan al-Ajrumiyyah, kena hafal alfiyah Ibn Malik, barulah katanya boleh pandai bahasa Arab. Tidak! Ustaz buat pendekatan sendiri, namun dalam masa yang sama, ia mampu menyampaikan hajat dan kenikmatan yang sama sepertimana yang telah diperoleh oleh ustaz.
Ya, memang ustaz memanjakan pelajarnya. Sesiapa yang ikuti kelasnya, memang selain ustaz mengajar secara santai, memang beliau agak memanjakan pelajarnya. Tetapi walhasilnya? Anak murid didikannya beroleh pencapaian yang dimahukan. Tapi, yang warga emas ini biasalah. Lambat sikit. 5 6 tahun baru nampak hasil kejayaannya.
Saya antara murid didikannya. Terima kasih ustaz. Semoga Allah merahmati hasil usaha ustaz di dunia dan di akhirat.
Apapun, daripada kita kutuk pasal apa pelajar agama sekarang bengong dalam bahasa Arab, sedangkan kita dulu belajar tak ada apa-apa masalah, mengapa kita yang sudah pandai tidak sumbangkan idea dan tenaga supaya mereka ini tidak tercicir?
No comments:
Post a Comment