Wednesday, 25 November 2020

Kisah Syeikh Muḥammad al-Ġhazāliyy Menasihati Peminum Arak

Syeikh Muḥammad al-Ġhazāliyy menceritakan :

 قلت لرجل تَعَوَّد شُربَ الخمر: " ألَا تتوب إلى الله؟ ". نظر إليَّ بانكسار ودمعت عيناه، قال: " ادع الله لي ". تأمَّلْتُ في حال الرجل، وَرَقَّ قلبي. إن بكاءه شعور بمدى تفريطه في جنب الله، وحزنِه على مخالفته، ورغبته في الاصطلاح معه. إنه مؤمن يقيناً، ولكنه مُبْتَلَى! هو يَنْشُد العافية ويستعين بيَ على تقريبها. قلت لنفسي: قد تكون حالي مثل حال هذا الرجل أو أسوأ. صحيح أنني لم أذق الخمر قط؛ فإن البيئة التي عشت فيها لا تعرفها. لكنّي ربما تعاطيت من خمر الغفلة ما جعلني أذهل عن ربي كثيراً وأنسى حقوقه. إنه يبكي لتقصيره، وأنا وأمثالي لا نبكي على تقصيرنا. قد نكون بأنفسنا مخدوعين. وأقبلتُ على الرجل الذي يطلب مني الدعاء ليترك الخمر، وقلت له: "تعالَ نَدعُ لأنفسنا معًا: ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين". 

Aku berkata kepada seorang lelaki yang terbiasa mmeinum arak: "Apakah engkau tidak mahu bertaubat kepada Allah?". Dia memandangku dengan hati yang remuk dan mengalir air matanya. Dia berkata: "Berdoalah kepada Allah untukku". 

Aku memerhatikan pada keadaan orang itu. Sayu hatiku. Sesungguhnya tangisannya adalah perasaan atas kapasiti perlanggarannya pada hak Allah, bersedih atas menyelisihi-Nya dan berkemahuan untuk perdamaian bersama-Nya. Sesungguhnya dia adalah Mukmin dalam keadaan yakin, tetapi diuji! Dia mencari pemurniaan dan meminta pertolongan dengannya atas dasar kedekatannya. 

Aku berkata pada diriku: "Boleh jadi halku semisal hal orang ini atau lebih buruk". Benar bahawasanya aku belum pernah merasa arak sama sekali. Sesungguhnya situasi yang aku hidup di dalamnya tidaklah engkau mengenalinya. Akan tetapi, barangkali aku mengambil sebahagian daripada arak kelalaian yang menjadikan aku mengalpakan tuhanmu banyak kali dan aku melupakan hak-hakNya. 

Sesungguhnya dia menangis kerana kegelincirannya dan aku dan orang yang sepertiku tidak pernah menangis atas kegelinciran kami. Kadangkala kami diperdaya dengan diri kami. Aku menghadap orang itu yang meminta doa daripada aku untuk meninggalkan arak dan aku berkata: Marilah kita berdoa bersama-sama untuk diri kita : 

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين 

"Wahai tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami. Jika Engkau tidak mengampukan kami dan mengasihani kami, pasti kami benar-benar menjadi orang yang rugi". [Rujuk : https://www.facebook.com/iumsonline/photos/a.206131722753233/3469321423100897/?type=3&theater]. 

Setiap orang ada aib dan dosa yang dia bergelumang. Namun, bentuknya berbeza-beza yang kita tidak sedari atau tidak kita ketahui. 

Kadangkala, kita kagum melihat raut senyuman seseorang yang manis dan tampak aura kesolehan bak kekasih Allah yang diimpikan semua orang, namun boleh jadi di malam hari, dia merintih dan menangis betapa jijiknya dia melihat dirinya sendiri yang penuh dosa terhadap tuhannya. Dia masih takut sama ada dia benar-benar hamba-Nya atau sang hiporkit. Dia bagai ingin mati setiap kali dia membilang aib-aib yang ada pada dirinya. 

Tidak kiralah apa pun pangkat kita dalam hal ehwal agama, selagi dinamakan manusia, kita akan ada aib dan dosa. Sebab itulah kita wajar muhasabah dan sibukkan diri dengan aib diri sendiri. Orang berilmu, salah satunya adalah orang yang paling kenal aibnya sendiri. Kalau dia melihat satu aib daripada orang lain, dia nampak sepuluh aibnya sendiri. Sekali dia memberi nasihat, sepuluh kali dia menginsafi dirinya. Sekali dia mengkritik orang lain, sepuluh kali dia beristigfar kepada tuhannya. 

Sebab itulah apabila seseorang memberi nasihat, bukan bermakna dia lebih baik daripada yang dinasihati, tetapi dia juga mahukan yang terbaik untuknya. Sebab dia tahu bagaimana rasanya apabila menjadi pendosa, tambah lagi apabila itu yang dia selalu tergelincir dan merasa tidak ada apa-apa masalah. Dia tidak mahu orang lain ulangi atau menyerupai seperti mereka. Kalau dia berdosa pun, cukuplah dia seorang. Jangan ditambah lagi. Sebab itulah kita perlu saling menasihati.


No comments:

Post a Comment