a) Lafaz Sahih Muslim :
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا مِنْ بَعْدِ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami. Kepada-Nya dibangkitkan".
b) Lafaz Sunan at-Tirmiḏziy :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، رَبِّ اغْفِرْ لِي
"Tiada tuhan melainkan Allah sahaja. Tiada perkongsian bagi-Nya. Milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian. Dia Maha Berkemampuan atas segala sesuatu. Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah itu paling besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan pada Allah. Wahai tuhanku! Ampunilah daku".
c) Lafaz riwayat an-Nasāʾiy dalam as-Sunan al-Kubrā :
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي فِي جَسَدِي، وَرَدَّ عَلَيَّ رُوحِي، وَأَذِنَ لِي بِذِكْرِهِ
"Segala puji bagi Allah yang menyihatkan jasadku, mengembalikan ruhku kepadaku dan mengizinkan aku mengingati-Nya".
d) Baca Surah Āli ʿImrān ayat 190-200.
Dalil daripada Ibn ʿAbbās RA :
أَنَّهُ رَقَدَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَيْقَظَ، فَتَسَوَّكَ، وَتَوَضَّأَ، وَهُوَ يَقُولُ: إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ فَقَرَأَ هَؤُلَاءِ الآيَاتِ حَتَّى خَتَمَ السُّورَةَ.
Bahawasanya beliau berbaring di sisi Rasulullah SAW, lalu baginda terjaga. Lantas, baginda bersiwak dan berwuduk. Kemudian, baginda membaca :
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ
"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang adalah benar-benar tanda kebesaran untuk ulul albab".
Sehinggalah habis surah. (Sahih Muslim).
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3519703081413593&set=a.344595828924350&type=3&theater
No comments:
Post a Comment