Sunday, 7 June 2020

Sebelum kes Haikal, ada juga kes yang sama tentang gangguan seksual ini dari seorang yang terkenal. Cuma, bezanya ia dari seorang agamawan yang anti-wahabi dan bukan liberal atau feminis. 

Sekarang ini, aku pun tidak tahu apa cerita agamawan itu. Harap betul-betul bertaubat sepertimana yang dikhabarkan dahulu.

Kejahatan ini tidak kenal rupa, serban, aliran atau kelompok yang seseorang berpihak dengannya. Tidak perlu memperbesar-besarkan bahawa hanya kelompok itu sahaja yang akan lakukan sebegitu. Syaitan menyusup kepada sesiapa sahaja yang bernama insan. Termasuklah aku sendiri.

Kalian pun jangan percayakan aku sangat walaupun aku nampak sembang kencang hebat. Aku sendiri pun tidak tahu nasibnya jika teruji sebegini.

Kita semua memohon kepada Allah agar dijauhi daripada ujian-ujian sebegini.




No comments:

Post a Comment