Nota : Setiap kali hari raya Aidiladha, saya akan kongsikan artikel ini kerana ada kaitan dengan ibrah pengajaran kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Isma'il.
Nota : Ada penambahbaikan dari tahun lepas punya.
------------------------------------------------------
“Dengar sini, Hiyori. Nampaknya kau salah faham. Meh, aku cakap terus terang. Manusia tentukan apa yang betul dan salah, tetapi itu tidak terpakai untuk Tuhan. Dengan kata lain, Tuhan…. boleh buat apa sahaja Dia suka. Termasuklah menyakiti seseorang atau mengambil nyawanya” - Noragami, season 1, episod 5.
“Manusia tentukan apa yang betul dan salah, tetapi itu tidak terpakai untuk Tuhan. Kau tahu tak kenapa? Sebab Tuhan tak boleh berbuat silap” - Noragami, season 2, episod 6.
Persoalan Tuhan itu kejam atau tak kejam is out of question. Tidak berhak seorang manusia untuk berkata Tuhan itu kejam atau tidak. Ini kerana yang memahamkan manusia tentang kejam ataupun tidak adalah Tuhan juga.

Dengan kata lain, Tuhan adalah pemilik persepsi terhadap kebaikan dan keburukan. Dia berkuasa mutlak untuk menetapkan baik dan buruknya sesuatu. Tuhan boleh je jadikan mati kebuluran tanpa ditolong itu adalah kemuliaan dan mendapat makanan yang banyak sehingga kenyang adalah kehinaan. Tuhan juga boleh jadikan orang yang masuk neraka itu adalah kenikmatan dan orang yang masuk syurga itu adalah kesengsaraan.
Alaaa, lebih kurang sama macam orang Eropah sekarang. Dulu homoseksual dianggap keji dan buruk. Hari ini mendapat tempat dan tidak dihukum macam dulu. Lantas, apakah Tuhan Maha Berkuasa terhadap seluruh alam tidak mampu untuk ubah persepsi manusia?

Ibrah daripada kisah penyembelihan Nabi Ibrahim AS akan Nabi Isma'il AS adalah Tuhan boleh tetapkan dan ubah persepsi bahawa sembelih anak tidaklah kejam dan mengingkarinya adalah kejam.
Jadi, bila nampak atau baca berita tentang insan yang berada dalam kesengsaraan tetapi tidak dibantu, tidak boleh kita kata Tuhan melakukan kekejaman. Tuhan tidak terikat pada persepsi sebegitu. Manusia pun takkan dapat faham kejamnya atau tidak sesuatu itu melainkan kefahaman itu daripada Tuhan juga. Manusia kenalah hidup macam manusia, bukan ambil alih tugas Tuhan.
Sebab alam ini adalah Dia punya. Biar kat Dia lah nak buat apa. Dia nak murka pada siapa dan kasih pada siapa, itu hak mutlak Dia. Manusia kalau nak ingkar dan tak dapat terima hakikat, apa yang dia boleh buat? Manusia pun tak dapat nak ingkar kalau Tuhan tak fahamkan pada ereka bagaimana nak ingkar. Biarlah Allah buat apa sahaja di alam milik-Nya. Kita yang manusia, teruskan hidup sebagai manusia dan ikut perintah-Nya. Apa yang Dia nak buat pada alam ini, bukan sama sekali urusan kita.
Walaupun begitu, yang membezakan dalam pegangan Islam adalah walaupun Tuhan tidak terikat dengan konsep penafsiran moral sebegitu, tetapi bukan bermakna Tuhan bertindak sesuka hati dan secara caca merba. Tetapi, tindakan-Nya atas dasar ilmu-Nya, bijaksana-Nya, keadilan-Nya dan ketelitian-Nya. Dia tidak menciptakan alam ini dengan main-main dan tidak bermakna apa-apa.

Kesengsaraan yang Dia ciptakan juga ada manifestasi kebijaksanaan-Nya. Sama ada kita tahu atau tidak tahu apa hikmah di sebaliknya. Itu sahaja. Janganlah sebab kita tidak tahu apa yang ada di balik sesuatu, janganlah itu sampai mempersoalkan kebijaksanaan Tuhan, apa lagi meragui kasih sayang Tuhan dan tentu lagi agnostik terhadap kewujudan Tuhan.
Ramai yang mempersoalkan kasih sayang Tuhan kerana melihat kesengsaraan di dunia ini, tetapi tidak sedar kebijaksanaan Tuhan dalam setiap perjalanan alam ini. Kesengsaraan yang ada di dunia, kalau kita tidak tahu bagaimana Tuhan menzahirkan kasih sayang-Nya, tetapi kita perlu sedar yang Dia adalah Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Teliti dan Maha Mengetahui dalam setiap ketetapan-Nya.
Jadi, bagi menjawab mengapa wujudnya kesengsaraan dalam dunia ini adalah yang pertama sekali kita perlu sedar sifat kebijaksanaan Tuhan dalam mentadbir alam ini. Yang kedua adalah Tuhan tidak terikat dengan persepsi moral manusia tentang baik dan jahat kerana Dia pemilik persepsi itu. Oleh itu, menuduh Tuhan itu adalah jahat adalah salah dari awal lagi.
Yang ketiga adalah cuba sedikit sebanyak membaca artikel ini untuk melihat betapa pentingnya perjuangan dalam kehidupan dan tahu sedikit sebanyak hikmah di sebalik kesengsaraan bagi yang berkeinginan : https://empirics.asia/the-importance-of-struggle/
------------------------------------------------------
Boleh juga tonton kuliah khas ustaz Noor Deros yang bertajuk "Bertentang Mata & Bersalaman Dengan Kesengsaraan" untuk faham perspektif Islam dalam berhadapan dengan kesengsaraan hidup : https://www.youtube.com/watch?v=o8kJNBJ2V4Y&t=1863s
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2662410857142824&set=a.2757481107635798&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2662410857142824&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment