
Sembang macam sahih, tapi bila tanya, dia kata “tak pasti”. Ayat cover line, “Saya lupa dan tak tahu mana, tapi… saya yakin ia sahih”. Inilah (bia)adab dia dengan ilmu. Haiyyaa.. Buatlah ulangkaji dan pastikan kebolehaksesan rujukan dan sumber. Kita tak berang kalau terlupa, tapi janganlah cakap macam sahih, tetapi masih berpijak di atas ketidakpastian.
Tok syeikh dia cakap apa saja, terutamanya kisah ajaib, terus percaya bulat-bulat. Tak ada sikap nak kritis dan tahqiq dan daqiq dalam ilmu. Yang tak ada sandaran, yang tak masuk akal dan tak ada apa-apa nilai ilmiah pun jadi pegangan. Bukan nak suruh jadi orang ang suka mempertikai, tetapi nak ikut pun, biarlah tahu apa sandaran dan menepati neraca ilmu. Bukan sebab dia ini ada “aura” sakral 19, terus jadi macam orang tak ada akal.
Kemudian, suka sangat pandang rendah dengan kemampuan orang. Cara nak cipta kasta dan tutup perbincangan adalah “kau tu ulama ke?”. Jadi, mereka yang bukan atau tidak dianggap ulama, tidak akan dipedulikan. Yang kasta rendahan ini duduk diam, tak payah fikir dan makan je. Dengan non-Muslim, dia tekankan krtitis dan intelektual, tetapi sesama Muslim, nak suruh jadi dungu dan tolol yang hanya main ikut sahaja? Gila ke?
Mereka ajak orang untuk bertawaduk, iaitu sentiasa sedar orang lain lebih baik daripadanya. Tetapi, dialah buang segala kebaikan dan merendahkan orang lain atas sebab dia bukan “ulama”. Ini kah hasil pendidikan yang tidak belajar dari Google?
Ya, kita ada adab dengan guru dan tokoh ilmuan, tetapi jangan lupa adab dengan ilmu dan sesama penuntut ilmu. Adab dengan ilmu adalah :
(a) Bersikap objektif.
(b) Bersikap kritis. Jika ada kemampuan, jangan dustakan nikmat untuk sengaja memilih jadi kedunguan.
(c) Menerima kebenaran setelah sahihnya rujukan dan benarnya neraca ilmu meski dari sesiapa pun.
(d) Teliti dan tahu tahap kepercayaan dalam sesuatu bahagian pengetahuan kita sendiri. Sama ada yakin, syak, sangkaan atau waham. Kalau masih sangkaan, akui dan jujur bahawa ia adalah sangkaan. Jangan cakap dan sembang macam yakin.
Adab dengan sesama penuntut ilmu adalah :
(a) Bersikap transparensi.
(b) Jangan rendahkan orang lain tanpa sebab dan suka mengkastakakan orang.
(c) Raikan kemampuan dan kebolehan tersendiri bagi setiap orang dalam mencerap dan mengkaji ilmu.
(d) Sabar dengan karenah dan kepelbagaian perangai. Di sana ada Arab Badwi yang kasar dan Rasulullah pun jawab dengan tenang dan bijaksana, di sini mungkin ada insan yang sebegitu. Jadi, toleransi dengan bermacam-macm jenis orang.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3159905977393307&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment