Entahlah. Ni ada beberapa orang yang suka kutuk orang hati tisu, tambah lagi jenis yang sangat suka tengok setiap pos menteri penuh dengan makian netizen, bila orang react “like”, dia nak block dan maki orang. Bila ada orang share atau komen tapi tak react, seolah-olah orang macam dah merogol dia. Lagi-lagi sampai nak unfriend orang sebab tak pernah react komen dia. Tak kesian ke hidup macam ni?
Aku suarakan ni bukan apa. Menyampahlah orang melalak benda remeh dalam kehidupan ini. Bising di post, bising di komen. Aku ingat benda ni takat meme dan gurau je, rupanya sampai nak ambil serius. Macam hal itu lebih serius daripada masalah air di Selangor. Kalau budak-budak, aku faham lagi. Ni dah usia legal untuk mengawan. Takkan nak bawak perangai tu sampai ke cucu?
Sekurang-kurangnya nak suruh hati orang lain jangan tisu sangat, cubalah mulakan diri sendiri dulu. Buat apa suruh orang lain yang kau sendiri pun tak buat? Macam mana kau nak bina masyarakat ideal kau dan harapkan perubahan yang kau mahu, tetapi kau sendiri tak nak berubah?

P/S : Untuk aku, kau tak payah nak react dulu baru komen / share. Rasa nak komen / share, teruskan je. Tapi, tu lah, kalau tak nak komen / share, tapi tak react, aku tak tau apa yang korang suka. Kecuali kalau dah kenal lama dan tahu apa kesukaan kau, ok, tak ada masalah.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3152509404799631&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment