Saturday, 11 April 2020

Santai Bahasa Arab Dengan Meme - Siri 4

image

Dalam pelajaran bab idhofah, mesti ada dua kompenen penting dalam pembentukannya, iaitu mudhof + mudhof ilaih.

Bab idhofah ini dalam bahasa Melayu dipanggil Kata Majmuk (komponen yang kita belajar di sekolah dulu adalah hukum DM, iaitu diterangkan + menerangkan) dan bahasa Inggers dipanggil Possession.

Ia adalah dua kata nama yang bergabung untuk :

(a) membentuk satu istilah. Contohnya kaki gunung. Maksudnya adalah lereng gunung. Ia adalah dua gabungan perkataan untuk istilah baru.

(b) menerangkan sesuatu objek. Contohnya bakul sampah, “sampah” menerangkan spesifikasi khas untuk bakul itu.

(c) menunjukkan kepemilikan. Contohnya, pen cikgu. Maksudnya, pen itu dimiliki cikgu.

Bahasa Arab pun ada penggunaan macam tu. Untuk membentuknya, ada hukum tatabahasa yang perlu diperhatikan untuk menggabung dua isim.

Mudhof tidak menerima :

(a) Alif-lam (ada pengecualian, tapi tak banyak penggunaan dan tak perlu risau dengan pengecualin sebab pengecualian ni adalah harus untuk menyalahi asal, bukan wajib)

(b) Tanwin

(c) Nun mutsanna dan nun jamak.

Tetapi, kalau mudhof ilaih, ia boleh.

Contoh paling ketara adalah Ashab al-Kahfi (أَصْحَابُ الْكَهْفِ). Cuba tengok perkataan Ashab (أَصْحَاب) yang menjadi mudhof. Tiada tanwin dan tiada alif-lam. Contoh, tiada nun-mutsanna adalah seperti Sohibay as-Sijni (صَاحِبَيِ السِّجْنِ) dan yang tiada jamak seperti Bani Israil (بَنِي إِسْرَائِيلَ).

Kemudian, untuk mudhof ilaih. Cuma, satu sahaja peraturan yang perlu diikuti, iaitu ia wajib majrur.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3018124834904756&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment