Sunday, 12 April 2020

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Nak tahu tak siapa mereka ini di sisi agamawan terlebih pandai tu?

Mereka ni lah orang yang lemah imannya. Tak cukup tawakkal dan lebih takut kuman berbanding Allah Ta'ala.

Mereka ni tak ikhlas bekerja. Hanya nak duit dan kesenangan dunia. Mereka sebenarnya buat kerja cincai boncai. Mereka bukan nak rawat pesakit betul-betul. Mereka ni sibukkan diri sampai kerja 48 jam tanpa henti di hospital hanya untuk berseronok dan berhibur.

Mereka ni lah orang bodoh tak reti dalam perubatan dan pengurusan dalam menangani penyebaran wabak sampai sebab mereka masjid dan surau ditutup atau program agama dibatalkan. Lahanat betul mereka ni!!

Mereka ni lah yang membantu tentera Yahudi dan Dajjal untuk memenuhi cita-cita mereka dalam merosakkan akidah umat Islam dan meruntuhkan moral kaum Muslimin. Tengok! Sebab merekalah umat Islam ditakut-takutkan dengan kuman kecik!

Mereka ni patut dibuang dan disingkirkan kerana mereka ni sampah masyarakat. Hospital dan klinik elok bagi kat geng agamawan yang terlebih pandai tu. Biar mereka uruskan. Doktor semua boleh cuti atau cari kerja lain.

Tak payah argue dengan agamawan yang terlebih pandai tu. Mereka tu tawakkal habis, iman tinggi dan tak takut makhluk. Banyak sakti dan karamah mereka sebab mereka ni kuat hubungan dengan tuhan. Kau takkan boleh menang berdebat dan berhujah dengan mereka sebab kau tu lemah iman, bodoh dan makhluk derhaka ikut perintah Dajjal dan Yahudi.

Diorang mesti betul punya sebab selalu dengan tuhan, kau pulak dengan Dajjal. Mana mungkin ilmu kau belajar dari Yahudi boleh menang dengan ilmu direct dari tuhan?

Dah lah tu doktor. Bagi mereka uruskan hospital. Bagi mereka uruskan pentadbiran dan pengurusan wabak Covid-19. Diorang ni ada ilmu dari tuhan. Kau dengan ubat dan ilmu dari yahudi elok mengalah je. Semua ilmu dan usaha kau sia-sia tu sebab kau heretik dan blasphemer. Tak ada keikhlasan dalam agama. Duduk rumah je lah doktor atau rawat tentera Yahudi dan Dajjal.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3328304457220124&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment