"They're bunch of ignorant troubling other people".
Kenapa ignoran? Sekarang ini punca kes kenaikan mendadak ini adalah daripada ijtimak tabligh. Tapi, mereka ini entah sengaja buat-buat tidak tahu atau memang duduk dalam tempurung. Sengaja buta untuk menerima hakikat bahawa majlis agama dan masjid pun bukan tempat kebal atau tempat yang bebas dari takdir yang buruk yang mampu menimpa jemaah.
Takkan nak tuduh jemaah tabligh yang positif covid-19 ni tak kuat iman, tak cukup amalan dan menanggung dosa sehingga jadi sebab dijangkiti? Atau KKM sekarang menggerakkan agenda Yahudi Zionis Israel Freemason Illuminati yang dikepalai oleh Rothschild? Agak-agak lah pun.
Nota : Berhenti maki penganjur dan peserta secara pukal kecuali jenis yang memang mintak kena maki. Masa itu pun belum ada lagi notis atau waran yang tegas untuk menundakan majlis keramaian yang tidak kritikal. Dan kebanyakan mereka pun beri kerjasama untuk tampil buat pemeriksaan. Jadi, tak perlu melarat sangat nak hasut kemarahan.
"Menyusahkan orang". Ini maklum tahu dah. Kalau nak mati sangat, mati sorang-sorang. Masalahnya, penyakit ini merebak. Kena kat orang sekeliling. Kena kat keluarga dan kawan. Masjid pun perlu ditutup angkara yang menanggung penyakit. Kan dah menyusahkan jemaah lain. Sebab itulah orang ramai gusar.
Tak perlu lah main sentimen agama dan bersikap ego. Berikan kerjasama dan jangan menjadi beban kepada masyarakat. Senang kan? Tak perlu dah nak bertekak.
Ditanya "kenapa masjid dan surau nak bising pulak untuk tutup, tapi kelab malam didiamkan sahaja?". Apa? Biarlah bukak. Biar semua orang kat situ kena penyakit. Kau suka kan?
No comments:
Post a Comment