Sunday, 12 April 2020

Mari Belajar Bahasa Arab - QORONA (قَرَنَ)

Mengikut sebutan ini, ia boleh dilihat kepada empat kategori untuk menentukan maknanya :

(1) Past tense untuk tiga huruf [Al-fiʿl Al-Māḍi Aṯ-Ṯulāṯiyy Mujarrod]

a) Qorona anak, ia bermaksud Ḍorobahu ʿAlā Qornay ar-Raʾs (ضَرَبَهُ عَلَى قَرْنَيْ رَأْسِهِ), iaitu memukul anak di dua tepi kepala

b) Qorona / Qorona + Bayna (بين), Jamaʿa (جَمَعَ بَيْنَ) maksud asalnya adalah menggabungkan / menyambungkan / mencantumkan dua benda. Namun, ia boleh membawa makna yang mengikut konteks kesesuaian ayat

(i) Jika Qorona antara dua pasangan, ia bermaksud mengahwinkan. [قرَن بين الزوجين زوّجهما، جمع بينهما بالعقد]

(ii) Jika Qorona antara perkataan dan amalan, ia bermaksud mengharmonikan (yang ini mengikut istilah usul fiqh) [قَرَن بين القول والعمل/ قرَن القولَ بالعمل :جمع بينهما].

(iii) Jika Qorona antara dua perbuatan, ia bermaksud melaksanakan kedua-duanya. [قرن بين عملين: أدَّاهما معًا]

(iv) Jika Qorona antara haji dan umrah, ia bermaksud melaksanakan haji Qiran, iaitu melaksanakan haji dan umrah sekaligus. [قرَنَ بين الحجِّ والعمرةِ/ قرَنَ الحجَّ بالعمرةِ: وصلهما، جمع بينهما في الإحرام]

(v) Jika Qorona dua unta, ia bermaksud mengikat kedua-duanya dengan satu tali [قرن البعرين: جمعهما في حبل واحد]

c) Qorona sesuatu + Ilā (إِلَى) sesuatu, ia bermaksud menghubungkan / mencantumkan sesuatu dengan sesuatu. [قرَن الشّيءَ إلى الشّيء: وصله وشدَّه إليه]

(2) Past Tense untuk tiga huruf tertambah [Al-Fiʿl Al-Māḍī Aṯ-Ṯulāṯiyy Al-Mazīd], iaitu Qōrona (قَارَنَ).

(a) Ia bermaksud Rōfaqo (رَافَقَ), iaitu menemani seseorang.

(b) Qōrona + Bayna, ia bermaksud :

(i) Qōbala Bayna (قَابَلَ بَيْنَ), iaitu membandingkan (dua benda)

(ii) Jika Qōrona antara dua pasangan, ia bermaksud mengahwinkan kedua-duanya [قَارَنَ بَيْنَ الزَّوْجَيْنِ قِرَاناً : جَمَعَ بَيْنَهُمَا].

(iii) Jika Qōrona antara orang ramai, ia bermaksud menjadikan mereka sama [قَارَنَ بَيْنَ النَّاسِ : سَوَّى بَيْنَهُمْ].

(c) Qōrona sesuatu + Ilā (إِلَى) sesuatu, ia bermaksud membandingkan sesuatu dengan sesuatu [قارن الشّيءَ بالشّيء/ قارن بين الشّيء والشّيء: وازنه به، قابل بينهما، وازن بينهما ، نظر في التشابه والاختلاف].

(3) Gerund (maṣdar) kepada Qorina - Yaqronu (قرن - يقرن). Ia bermaksud

(a) Qorona setiap makhluk yang bertanduk, ia bermaksud memanjang dua tanduknya [قرِن كلُّ ذي قرن: طال قرناه]

(b) Seseorang itu qorona, ia bermaksud jambang kiri dan kanannya bersambung kedua-duanya

(4) Nonderivative noun (Ism al-Jāmid)

(a) Ia bermaksud al-al-Ḥabl Yuqronu Bihi al-Baʿīrōn (الحَبْلُ يُقرَن بِهِ الْبَعِيرَانِ), iaitu tali yang dua unta diikat dengannya

(b) Ia bermaksud al-Baʿīr al-Maqrūn Bi Ākhōra (الْبَعِيرُ الْمَقْرُونُ بِآخَرَ), iaitu unta yang diikat bersama unta yang lain.

Bunyi terdekat seperti "Qorn" yang bermaksud kurun, tanduk, pemimpin, hujung sesuatu, puncak sesuatu, sesungut atau "Qirn" atau yang lain tidak dimasukkan dalam penulisan ini.

Rujukan :

(a) Almaany Online Dictionary
(b) al-Muʿjam al-Wasīṭ
(c) Lisān al-ʿArob



P/S : Gambar sekadar hiasan. Tapi, kalau nak buat perbandingan sendiri, dipersilakan.

Nota : Qif (قِفْ), fiʿl al-Amr kepada Waqofa (وَقَفَ) yang bermaksud "stop! / berhenti!" adalah benar.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3342499322467304&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment