Kadang ada lagu yang tak pernah aku dengar sebelum ni main dalam mimpi tidur aku. Entah lagu apa. Tapi, semuanya lagu sedap. Memang boleh kata lagu yang memang kena dengan telinga pendengar.
Bila dah bangun tidur, aku cepat-cepat cari kat Youtube dan Google, taip lirik lagu yang aku dapat ingat. Tapi, semua aku cari, tak jumpa pun lagu yang dok main dalam mimpi tu. Puas dah cari. Seolah-olah lagu tu hanya wujud sekali dalam seumur hidup dalam mimpi sahaja.
Apakah....? Eerrmm. Entah lah.
No comments:
Post a Comment