Namun, yang berlaku pada pencebur agamawan adalah sumber bacaan banyak dan yang mereka biasa adalah bahasa Melayu atau indonesia. Ceramah pun bahasa melayu atau indonesia. Kalau ceramah berbahasa Arab pun, ia sudah diterjemah pada subtitle atau ada intrepretor-nya. Masuk perbincangan agama pun guna bahasa melayu. Malah, ambil bidang pengajian Islam pun hampir semuanya dalam bahasa melayu! Sebab itulah ada jurang lebar untuk mereka kuasai bahasa Arab.
Sumber bacaan dan pembiasaan kita pada sesuatu perkara sangat memainkan peranan untuk penguasaan sesuatu bahasa. Kita tidak akan dapat apa yang kita mahu jika kita tidak peruntukkan ruang dan masa untuk apa yang mampu mencapainya
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2764370036946905&set=a.2757481107635798&type=3&theater

No comments:
Post a Comment