Cinta adalah :

Apabila kau tersenyum tatkala menatapnya, bersamanya dan mengenangnya tanpa ada atau perlu sebab untuknya.

Apabila kau ingin bertemu dengan seseorang, si dialah yang kau mahu bertemu terlebih dahulu dan kau sentiasa sahaja bergegas untuk bersua dengannya.

Apabila kau sanggup luangkan masa yang lama untuknya dan korban waktumu semata-mata untuknya.

Di mana sahaja kau berada dan setiap kali saat berdetik, si dialah yang kau teringat dan menjadi keasyikan ketika mengenangkannya.

Kau memberi walau tanpa dia minta. Sanggup memberi dengan jiwa yang semangat dan begitu tekad untuk jayakannya. Kau sentiasa gembira untuk memberi, lalu bertambah gembiramu apabila dia menerimanya dengan wajah keterujaan.

Dia menjadi inspirasi untuk kau terus berjuang dan bertahan bersama kepercayaan yang kau semat dalam jiwamu.

Ketikamana kau sangat tertutup dan bersikap rigid pada orang lain, tetapi kau cukup tsundere dan berjiwa terbuka untuknya.

Kau tidak mahu kehilangannya dan kau tidak mahu dia berlalu pergi. Kau dalam kedukaan dan kepiluan pabila dia tidak merasai keberadaanmu untuknya.

Kau sentiasa mengimpikan senyumannya dan kebahagiaan untuknya.
Demikianlah itu adalah cinta wahai sang anak yang ingin tahu!
No comments:
Post a Comment