Hentai ini (ya, hentai!) berkisarkan perang pada pasca-perang dunia kedua. Negara yang mengalahkan Jepun gagal menguasai pulau itu yang menyebabkan banyak kuasa independen bangkit untuk merebut kawalan terhadap negara. Menatijahkan Jepun dalam kancah perang saudara. Penduduk terpaksa berlindung di bawah naungan tentera untuk dijamin keselamatannya.
Cuma, tentera di sini ambil kesempatan dalam krisis tersebut untuk merogol dan memperkosa wanita awam. Aki, salah seorang tentera wanita sundal jalang memberi alasan dengan berkata, “Rie (mangsa rogol), kami kan yang melindungi kau, sekurang-kurangnya itu yang perempuan patut buat”. Maksudnya, dia harus serahkan badannya diratah sebagai balasan untuk tentera melindunginya.
Ada dua perkara yang boleh diperoleh di sini. Pertama, peperangan sememangnya menukarkan manusia biasa menjadi binatang yang buas. Undang-undang dan penguatkuasaan yang menjadi jaminan keselamatan bersama kepada masyarakat awam tidak dapat relevan pada masa itu kerana sumber penggerak dan penegak keadilan telah pun dijatuhkan dan dibenamkan. Apa yang terjadi selepas itu, ia bergantung kepada penguasa yang menggantikannya. Kalau dapat penguasa yang zalim, undang-undang hanya sekadar tulisan dan tatapan sahaja. Kalau ingin dilaksanakan pun, peperangan menyibukkan dan mendistraksikan banyak perkara sehingga isu-isu “piscisan” tidak diambil kira dan tidak dipeduli. Masing-masing sibuk untuk kepentingan mereka dan berebut untuk dominasi dalam kumpulan atau wilayah. Keadilan sejagat diketepikan terlebih dahulu atau tidak diberi prioriti.
Manusia yang tiada pegangan, yang “takwa”-nya hanya pada gerun dikenakan tindakan undang-undang, apabila robeknya tiang kekuasaan itu, kita akan saksikan manusia boleh jadi seperti singa kelaparan yang terlepas dari sangkar, memburu mangsa yang sangat mendambakan untuk dibaham. Dari situ moral hanya atas dasar undang-undang tidak terpakai lagi. Moral yang didasari dengan agama pula hanya menjadi pilihan individu yang bebas diamalkan atau dibuang. Atau sekadar menjadi bahan kepura-puraan sahaja. Demi kelangsungan dan keselamatan, manusia buat apa sahaja untuk rebut semua itu.
Sebab itu, jangan sama sekali kita harapkan dan jadi pencetus peperangan. Kesan padahnya akan merebak menjadi epidemik yang sukar dikawal dan diubati. Sekuat mana pun kita, jangan pandang rendah kesan sekeliling yang parah. Bukan sahaja manusia mati, moral kemanusiaan juga akan mati. Masa itu agnostik, anti-agama, hipokrit, nihilism dan pelbagai kejahatan lahir dan membiak seperti cendawan. Masa itu orang tidak fikir lagi apa salahnya merompak, mencuri dan membunuh?… “Apa salahnya rogol? Perang dah buat kita sakit kepala, bagilah kita enjoy sekejap!”.
Masa itu, apa justifikasi orang yang “berprinsip” tatkala senapang diacu di kepalanya dan dia di pihak yang lemah? Jadi, hargailah keamanan yang kita nikmati dan jangan mudah gadaikannya demi kepentingan diri dan sentimen berapi.

Contoh mudah. Ada pihak telah membangunkan banyak teknologi dan pembangunan, namun ia cenderung kepada kezaliman. Apabila ada orang menentang, mulalah dia “kenangkan” kontribusi dia supaya orang lain dianggap tidak ada kuasa lain untuk menentang kerana dilihat tidak ada sesuatu yang lain daripadanya. Kita katakan, terima kasih atas kontribusi kamu, tetapi bukan bermakna kami perlu biarkan kamu dengan kezaliman kamu. Apabila kamu melakukan kontribusi itu, bukan semestinya kamu boleh melakukan kezaliman sewenang-wenangnya dan sekehendak kamu.
Jasa kamu dulu amat dihargai, tetapi bukan bermakna kami perlu balas budi dengan sesuatu yang jahat. Jika sesuatu yang baik, kami akan terbuka untuk membalas hampir, setaraf dan lebih daripada apa yang kamu kontribusi dahulu.
Jangan sesekali terpedaya dengan umpan ini untuk membuat kita tidak berdaya dalam berprinsip dan tampak seperti tidak berkuasa di hadapan mereka kerana kerdil dibandingkan hasil usaha kamu dengan hasil usaha mereka. Biarlah kita menjadi kacang melupakan kulit untuk hal ini daripada menggadaikan maruah untuk sesuatu yang bukan kebenaran dan keadilan.
Sekian, ini celoteh aku. Kalau ada pandangan lain boleh kongsikan. Tetapi, kalau ada sesiapa nak jadikan hentai ini sebagai bahan modal lancap, aku tak de komen apa-apa. Sekian, terima kasih kerana meluang masa untuk membaca.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2899291910121383&set=pb.100001218067654.-2207520000.1567884154.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment