oh! hari-hariku penuh dengan bingung,
kontradiksi dan pertarungan,
sentiasa sengit di dalam jiwaku,
barangkali telah menjadi..
kognitif dissonasi,
antara ketamakan dan kezuhudan,
antara putus asa dengan harapan,
di dalam kesepian,
di dalam keramaian,
sentiasa sahaja dalam dilemma,
seperti tiada kenterangan,
tidak ada lagi bahagia,
aku memujuk diriku,
inilah apa yang telah diprogram,
sistem dunia yang aku diami,
lantas untuk apa engkau merasa resah?
aku katakan… entahlah!
apakah dunia ini yang tenat,
atau aku yang telah lesu,
yang aku pasti….
kehidupan dunia… adalah keperitan!
-2 Julai 2015-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/962139557169971
No comments:
Post a Comment