Monday, 30 March 2020

Puisi - 88

Melihatku pada pandangan matanya,
penuh ketajaman yang menghunus,
dari bayonet neraka yang membahang,
tidak lagi ia gentar pada sesiapa,
kesombongan ku berdiri di hadapannya,
meninggi lagi angkuh memangkuh dirinya,
kau tak pernah puas dengan seluruh kesakitan,
bermandikan darah merah….
berpakaikan api yang panas membara….
kau merenangi segala kepedihan dan sengsara,
untuk kau gelak ketawa keriangan,
dengan kejahatan yang melangsungi dirimu,
kegelapannya selubungi….
bukan lagi malam mahupun kelabui yang pekat,
tetapi warna yang penuh kegerunan…..
menggenggam jiwaku yang asyik…
dengan tenunan senyumanmu,
wajahmu seindah cahaya purnama,
keanggunan kamu… oh! usah dikata lagi!
cinta yang bermadah membuku di hati,
membuka segala cerita yang terang,
kau realiti sejati di samping sisiku…
hai kekasih yang ku sanjungi….

-18 Julai 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/771067062943889

image

No comments:

Post a Comment