cahaya bulan yang berdarah,
datang menyeruku..
di dalam mimpi ngeriku,
aku di sini…
dalam belenggu derita,
terhimpit dalam duka,
kau menciptakan kegelapan,
menyerilah kegerunanku,
mewarnailah kesedihanku,
hai Laila..
bukankah aku sudah pun tewas?
bersama kehinaan yang terbuang untukku,
kerana tiada lagi erti yang bergantungan…
lalu manusia berkumpul kepadaku…
ke marilah hai Marzuka!
kami adalah teman-teman kamu!
-28 Julai 2015-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/975078109209449
No comments:
Post a Comment