andai jodoh kita tidak ketemu,
jinjang pelamin tidak kesampaian,
atau cinta kita mengakhiri,
jika rindu ini menemukan penghujung,
dan segala cerita menamatkan episodnya,
aku harap kau tahu,
inilah kehidupan….
kehidupan yang telah aku putus asa…
untuk aku melangsungkannya lagi,
kerana aku hanyalah bayangan samudera,
penuh gelora dan gejora,
suka dan duka… rasa dan perasaan..
segala apa yang telah aku lalui
dan semua yang aku cita-citakan,
adalah warna-warna yang diwujudkan,
dari mimpi yang ketidakwujudan,
seperti angin….
menyapa tanpa disambut,
pergi tanpa peduli…
ah! aku ingin menangisi…
bergenangkan air mata…
-19 Oktober 2014-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/821480887902506

No comments:
Post a Comment