dan aku takkan biarkan kegelapan ini
menjadi selimutku sepanjang hayat,
kerana suria akan menerangi sekali lagi,
burung pipit menyambut pagi,
merdu kicauannya menjadi lagu hari,
dan aku pula akan menghirup udaranya,
kehangatan yang dirasai pasti penuh dengan cinta,
mengubati hati dan sanubari yang berduka lara,
sebab bumi ini untuk sekalian manusia,
walaupun berperang sekelompok antara mereka,
sama ada jadi penguasa atau mangsa,
aku tiak peduli dan aku tidak lagi menghiraukannya,
takdir ini sentiasa memimpin,
baik atau tidak itulah lumrahnya…
untuk kehidupan yang penuh bahasa dan temasya,
semoga hari lalu menjadi barakah,
dan akan datang adalah kebaikan,
lalu hari ini sebuah manfaat yang dinikmati….
-20 Oktober 2014-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/822252347825360

No comments:
Post a Comment