Sunday, 29 March 2020

Puisi - 46

Wahai Lisanna,
apakah masih tidak cukup lagi…
kejam yang menimpa hidup ini?
apa lagi kah yang mahu menyeksa kita?
kenapa yang diimpikan itu tinggal mimpi?
dan harapan semuanya kesia-siaan?
untuk apa lagi kita percayakan sesuatu…
dalam sistem yang penuh rusak dan kucar?
sebab kita semua berkhayalkan sesuatu?
semata-mata untuk keluar dari realiti?
agar kita berpura-pura bertahan…
dalam ribut badai yang memukul kita?
atau ditegukkan arak dan dicandukan dadah…
supaya kita tidak lagi merasai kesakitan…
biar kepahitan yang kita telan tidak lagi mencekik?

Wahai Lisanna
kalau mati itu lebih baik….
adakah kita akan tinggalkan segala-galanya,
kering kemarau tanpa lagi disirami hujan?
dan sekali lagi bumi dihiasi pelangi yang indah?
mendengarkan kicauan burung yang merdu?
serta bayu angin yang damai dan enak?
mahligai yang penuh keharuman dan tersergam semi…?
apakah kita akan melangkah ke hadapan?
tanpa peduli dosa yang kita tumpahkan di belakang?
biarkan sahaja kerana ia sebuah catatan sejarah?

Wahai Lisanna…..
aku bingung dan keliru…..!

-20 Oktober 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/822080801175848

image

No comments:

Post a Comment