Monday, 30 March 2020

Kemahiran bacaan jawi, aku sekadar menggunakan teknik “agak-agak”. Teka macam mana bunyi perkataan itu sampai dapat. Tak dapat jugak, cuba sampai jumpa. Setakat ni, alhamdulillah, teknik “agak-agak” ni boleh bantu untuk baca mana-mana penulisan sama ada jawi baru atau lama (tapi yang ni kadang payah sikit). Cuma, kalau seseorang itu masih tidak begitu familiar dengan pembacaan al-Quran, payah nak dia apply teknik ini.

Kalau penulisan pula, aku pun taram je. Ikut fonetik. Aku pun tidak tahu menahu garis panduan DBP dalam penulisan jawi. Tapi, walaupun main taram je, alhamdulillah sekali lagi, orang masih boleh faham dan aku pun boleh baca walaupun orang tu pun taram jugak dalam mengeja.

Sumber Gambar : https://twitter.com/afifauzi_/status/1105073637814464517

image

No comments:

Post a Comment