Kebetulankah kau mula merasakan tempat yang kau abadikan kudrat dan dayamu menjadi kepulangan yang kau begitu rinduinya?
Kebetulankah kau mula bertabiat di luar kebiasaanmu yang kau tidak pernah sedetik pun terfikir yang kau menghitung ia adalah kegemaranmu di masa lapang?
Kebetulankah kau pandang ke alam, lalu fikiranmu mengelamun dan terukir senyuman bahawa betapa bersyukurnya kau ada si dia yang menjadi orang sentiasa kau kenang?
Kebetulankah perasaan ini bergolak dan tidak keruan saat kau keliru untuk memahami perasan yang kau selama ini berpura-pura ignoran terhadapnya?
Kebetulankah kau sangat bergegas dan kau sanggup tinggalkan saujana dunia di belakang demi satu ruangan kecil nan bersemadinya si dia?
Kebetulankah manis senyumannya, lunak santunnya, budi pekertinya, anggun ekspresinya dan keunikan personalitinya mengharumkan jiwamu yang mekar membunga?
Kebetulankah kau dirundum resah tatkala kau mula merasa dia mula berjauhan dari gapaian tanganmu dan melangkah mengasing dari pandanganmu?
Kebetulankah kau merasa dunia ini seakan-akan menghimpit dadamu dan melemaskanmu yang terbelenggu dalam kecamuk?
Kebetulankah kau… sangat mendambakan sahut seruannya dan dakapan hangatnya, berpenat lelah untuk mendapatkanmu semula?
Kebetulankah semua itu?
Kebetulankah?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2938631889520718&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260772.&type=3&theater

No comments:
Post a Comment