Mungkin ia adalah suatu catatan peribadi yang disimpan kemas supaya tidak terbaca oleh orang.
Tetapi, perspektifku agak berbeza apabila disebut diari.
Aku anggap ia adalah catatan dari ekspresi terungkap yang tidak didengari. Boleh aku katakan diari adalah cakap seorang diri melalui penulisan. Aku biarkan sahaja. Terpulang orang nak baca atau tidak mahu, tetapi aku tetap menulis.
Benda tu bukanlah perkara kerahsiaan, tetapi ia dianggap konversasi yang tidak mahu didengar secara langsung atau secara terus untuk pelbagai sebab.
Bosan juga tiada teman berbual, tetapi apakan daya kalau konversasi ini bukan kesesuaian yang wajar. Maka, aku tulis supaya tidak hanya terpendam di jiwa.
Tetapi kalau orang sudi baca, anggaplah kita saling berbual dan kau sedang mendengarkannya.
Aku mungkin tidak mengharapkan balasan respons, tetapi aku tetap menunggu.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2934869613230279&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260772.&type=3&theater

No comments:
Post a Comment