
Flashback saat-saat akhir sebelum kematian Kuzen Yoshimura.
Tiap kali aku ulang, tiap kali itu jugak aku burst in tears. Aku sebagai tenaga pengajar faham betul perasaan ini. Tapi, susah nak jelaskan dan agak rumit untuk aku ungkapkan apa yang aku rasa. Cuma, aku dapat katakan walaupun dahulu Kuzen hidup sebagai pendosa dan cuba menebus dosanya, akhirnya kematiannya tidak dirasai sia-sia dan dapat merasai serta melihat hasil bakti yang dicurahkan selama ini. Sekurang-kurangnya, kalau dia menerima hukuman mati pun, tidaklah ada penyesalan dan rasa rugi padanya. Jasa yang ditinggalkan akan menjadi kebanggaan untuk dirinya.
Memang kalau kenang benda ini, rasa kesayuan dan sentimental akan menelusur. Terharu kerana korban dan kesungguhan kita dibayar dengan tuaian yang membawa kesyahduan jiwa. Inilah yang dikatakan “Menangis dalam gembira”. Gembira sehingga membuat seseorang itu menangis. Betapa bangga tebusan dosanya telah “diterima taubatnya” dengan gantian walhasil bakti yang diberikan. Bagi yang belum tengok babak ni, cubalah tengok. Mungkin boleh faham nanti.
Terus-terang, aku berharap, kalau kematian menjemput aku nanti, aku harap aku dapat kenang murid kebanggaan aku. Nak sangat kenang macam mana wajah seorang murid yang dahulunya merasakan dirinya tidak berkeyakinan dan rasa tidak ada harapan, kini menjadi seorang yang berpencapaian yang mampu menggembirakan seorang guru yang telah lama berpenat lelah dan bertungkus lumus.
Aku harap selama keperitan yang aku sepanjang pengajaran lalui akhirnya terubat dengan hasil yang mengukir senyumanku dan menggirangkan jiwaku. Walaupun aku bukan si ayah atau si anak bagi orang itu, tetapi aku berpuas hati dan menumpang gembira. Aku bersyukur ada seorang insan yang terpilih menjadi kebanggaan aku. Harap bila mati aku nanti, aku dapat kenang wajahnya dan aku akan sebut dialah murid kebanggaan aku.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2699683003415609&set=a.2837157806334794&type=3&theater
No comments:
Post a Comment