Monday, 30 March 2020

Bagi aku, anime Akagami no Shirayaku-Hime ni biasa-biasa je. Cerita romance yang plain. And typically sedemikian pun. Aku tak salahkan mereka sebab mungkin target audiensnya sesuai untuk awal remaja yang baru berjinak-jinak nak baca buku Gempak Starz yang romance punya.

Tapi, perasaan aku bercampur-baur sepanjang aku tonton ini. Aku ada perasaan “kurang enak” (unpleasant) bila tonton anime ini Antaranya adalah :

a) Memang sedih terpaksa lari dari tempat yang dia membesar dan abadikan seluruh jiwanya di sana demi selamatkan diri daripada “diculik” putera yang dungu dan tolol. Tapi, syukur, tuah takdir yang pahit itu mempertemukan suatu negara dan jejaka yang menjadi dia curahkan kasih sepenuh hati. Clarines yang di dalamnya Zen Wistaria, putera kedua untuk negara itu.

Cuma, bila putera Raji, putera negara Tanbarun dah berubah menjadi matang dan putera yang boleh diharap, di situ memang boleh menguji bagaimana perasaannya terhadap negeri halamannya. Bayangkan putera itu yang menjadi sebab dia loloskan diri dari negara halaman kini menjadi seseorang yang boleh menjadi sebab untuk dia pulang dan tinggal dengan aman. Macam mana rasanya?

Paling perit, tambah lagi dipertemukan ayahnya yang tidak pernah ketemu sebelum di suatu penempatan yang jauh dari tempat dia diami. Sehari sahaja dapat duduk bermalam berjumpa. Kemudian, esoknya, balik ke tempat jauh. Dalam anime itu, si Shirayuki tak ada confused feeling untuk buat pilihan sama ada tinggal bersama ayah atau duduk semula di Tanbarun atau kembali di Clarines bersama kekasih hatinya.

Cuma, kalau terkena pada aku, memang ini mencabar. Buat pilihan untuk balik ke tempat asal yang telah lama mengabdikan diri di situ atau tinggal bersama keluarga di penempatan terpencil atau ikut pulang bersama kekasih. Inilah di mana “perasaan kurang enak” mari ketika tonton.

Bayangkan kau membesar di situ dan banyak memori serta perasaan sentimental kau melekat pada negeri itu, lalu kau terpaksa lari dengan perasaan keberatan dan pahit. Kemudian, pada suatu hari kau ada peluang untuk kembali ke negeri halaman dan hidup di sana dengan aman dan selamat. Lepas tu kena buat pilihan pula nak duduk bersama keluarga yang kau akhrinya bertemu yang di penempatan yang terpencil. Dan kena buat pilhan pula nak duduk bersama kekasih di negara yang jauh. Cerita tu pulak pengangkutannya pakai kuda dan tiada kuasa magik. Lagipun, bukannya ada hari raya kat masyarakat seperti itu untuk cuti bekerja dan balik kampung. Fuh! Boleh murung aku.

image

b) Walaupun kau berubah menjadi insan idaman dan disegani, tetap kau tak boleh dapatkan cinta hati kau. Itulah putera Raj. Disebabkan kedunguannya dan kekanak-kanakannya, wanita yang ingin dia cintai melarikan diri daripadanya dan akhirnya si dia jatuh hati dengan orang lain. Walaupun dah perbaiki diri menjadi matang dan dewasa, tetap si dia memilih jejaka pilihannya. You can make up with her, but you can’t have her. You can have an equal friendship value, but not in a advance lover affair. Oh you poor prince! Aku tak boleh bayang remuk hati yang berdarah di hatinya yang rapuh. Walaupun dia relakan sahaja takdirnya, tetapi gelora hampa masih membadai. Kalau kena kat aku, mungkin aku dah tikam diri sendiri kot.

c) Kisahnya banyak berkisar di dalam istana. Terus-terang, bila aku tonton anime ni, dada aku rasa dihimpit, nafas menjadi sakit dan kepala membingit. Bagi aku, cerita ini macam orang yang terpenjara. Sekelilignya hanya binaan istana. Sana sini dinding dan orang istana. Dunia macam sempit walaupun istananya luas.

Waarrgh! Ya. Aku sebenarnya nak macam hikkimori jugak. Rumah ada perpustakaan dan ada kesenangan -syukur atas kurnia ilahi- macma istana. Tapi, aku pun suatu masa, burn out jugak kalau sepanjang hari dalam rumah. Sampai masa, aku nak keluar, tengok kota sekeliling, lihat alam dan perhati masyarakat. Kadang perlu bermesra juga dengan stranger. Supaya dapat rasa luasnya dunia dan dapatkan semula kesegaran nafas.

Aku lega sikit bila ada OVA yang akhirnya Shirayuki dapat keluar dari istana untuk berkencan (dating) dengan putera yang disayangi. Aku tak nak lah komen “cringey plain” plot tu sebab itu mungkin sesuai untuk peringkat awal remaja. Cuma, ye lah, takkan sepanjang hidup hanya nak duduk dalam istana?

Adakah suatu cerita akan enjadi menarik atau sekurangkurangnya bermakna buat diri kita kalau ia reflect realiti yang kita bersemuka dengannya?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=120752179390456&set=pb.100043670240307.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment