Apa yang berlaku pada Tanya Von Degurechaff (sila tonton movie Youjo Senki) mengingatkan aku pada kalam Ibn ʿAṭōillah as-Sakandari :
.لَا تَطْلُبْ مِنْهُ أَنْ يُخْرِجَكَ مِنْ حَالَةٍ لِيَسْتَعْمِلَكَ فِيمَا سِوَاهَا. فَلَوْ أَرَادَكَ لَاسْتَعْمَلَكَ مِنْ غَيْرِ إِخْرَاجٍ.
“Janganlah engkau meminta untuk Dia keluarkan kamu dari suatu keadaan yang agar Dia menghalakan kamu pada keadaan yang lain. Kalaulah Dia kehendaki untukmu, nescaya Dia akan menghalakannmu keadaan yang lain tanpa mengeluarkan keadaan sebelum itu”.
Kalau baca syarah kalam ini untuk memahami maksudnya, selalunya akan dibawa cerita bahawa pada suatu hari ada seorang hamba Allah pernah berharap agar dia diberikan dua keping roti sehari tanpa perlu bekerja dan dia boleh fokus untuk beribadah. Tiba-tiba, pada suatu hari, dia ditahan dan dipenjara. Dalam penjara itu, dia diberi dua keping roti sehari. Hamba Allah itu pun menyesal atas permintaannya.
Begitulah maksudnya dihalakan suatu keadaan lain, tetapi tidak terkeluar dari keadaan sebelumnya.
Tanya pun sedemikian. Dia berharap agar ditempatkan di barisan yang belakang untuk hidup dengan damai dan rehatkan diri daripada suasana kritikal di barisan hadapan. Namun, walaupun dia dipindahkan, tetap juga dia berhadapan cabaran lain yang mengongkong dirinya. Sebelum ini dia sekadar menguruskan satu batallion, pasukan mage yang cukup memeningkan kepala. Kini dia pula perlu uruskan divisyen dan infrantri yang pelbagai untuk mobiliti ketenteraan negara.
Hmmm. Mungkin sahaja kewujudan-X itu merancang di sebalik itu? Untuk terus menerus membuli Tanya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=121249806007360&set=pb.100043670240307.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment