Yang aku bising baru-baru ini, terutamanya isu mimpi dan isu bersikap tegas semakan rujukan hadis[1], itu sememangnya suatu perkara yang aku tidak dapat senyap lagi. Aku terpaksa bersuara dan masuk campur pergolakan itu. Kali ini, sesuatu yang berbeza. Aku tak dapat nak bersama lagi dengan sebahagian aswaja dalam isu tersebut. Dah tak dapat aku nak sangka baik dan pertahan lagi. Selamba bagi bola tanggung kepada wahabi.
Ya, mungkin nampak aku berpihak pada wahabi dalam isu tersebut, tapi aku tak ada kena mengena dengan diorang pun. Pengajian talaqqi aku gurunya aswaja, tak pernah dapat yang wahabi. Seingat aku, hanya Dr. Kamilin Jamilin sahaja yang aku hadiri untuk seminarnya yang sehari dia dan masa itu dia belum lagi habis PhD dan mendapat gelaran doktor. Lepas tu, tak ada lagi dah wahabi yang aku ikut pengajian.
Apapun, aku sebenarnya setia dengan aswaja. Cuma, ada batasan sama ada nak menjadi bebal dan bijak. Pengajian yang aku mari tak ada ruang untuk berebut memperluas pengaruh aliran. Semua sibuk nak bina kualiti ilmu dan sahsiah. Even, aku rasa aku tak pernah dengar perkataan "wahabi" dalam kelas.
Jadi, apa? Sebab guru aku sangat pentingkan penilaian dengan ilmu yang sahih dan kukuh, maka bab aliran ini bukan suatu perkara yang kita perlu tengok terlebih dahulu. Tapi, tak berlaku apa yang berlaku di media sosial untuk sebahagian aswaja. Oleh sebab wahabi bersuara pasal tu, so aku yang bersuara macam tu pun wahabi jugak? Itulah malang ketaksuban. Mereka lebih pentingkan untuk melihat aliran daripada bersikap objektif dengan ilmu.
Takkan nak kena jadi wahabi baru boleh kenal mimpi tok syeikh tak sama dengan mimpi para nabi dan mimpi para sahabat pada zaman Nabi SAW? Takkan nak jadi wahabi baru boleh kenal yang mimpi bukan hujah yang setaraf dengan wahyu sehingga layak untuk isbatkan perkara ghaib secara jazam? Takkan nak kena jadi wahabi baru boleh bersikap untuk meminta kepastian dalam rujukan hadis dan bersikap tegas dengan hadis yang tiada sandaran dan asas baginya?
Pelik kan orang yang sibuk nak tengok aswaja-wahabi sebelum nak perhatikan pendasaran ilmu? Semua isu nak tengok wahabi ke tak. Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Ilmu yang dipelajari di letak kat tapak kaki. Boleh tendang macam bola kalau nak. Atau mungkin selama ini dia belajar ilmu yang salah sampai dia dah tak boleh nak fikir dengan waras. Mungkinkah?
Tak kisah lah apa pun. Ketaksuban aliran cuma menyempitkan minda sahaja. Tak ada apa yang boleh dapat dan tidak ada nilai progresif dan produktif jika hanya kita terhadkan diri untuk pandangan alam yang terkongkong. Semakin lama, dia akan makin sempit dan sempit. Itulah kesan ketaksuban. Nanti kawan seperjuangan sendiri pun akan ditentang kerana tidak bersefahaman dengan pandangnnya dalam suatu isu. Sebab sibuk sangat "kau-aku" dalam penilaian, bukan secara ilmiah dan intelektual.
[1]
(a) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3028338893883350&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater
(b) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3026182760765630&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater
(c) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3030626736987899&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater
(d) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3030626736987899&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment