Monday, 30 March 2020

Aku kalau nak diskusi bab agama secara serius, aku memang cari wahabi dulu berbanding Aswaja (yang retard). Bukan sebab aku ni wahabi, tapi sebab mereka ni senang nak bawak bincang.

Bila kita tanya rujukan, dia akan cari dan share kat kita tanpa diskriminasi. Kalau tak share pun, dia akan bagi hint kat mana nak cari. Even, aku tak ada masalah pun nak tanya “menurut kau hadis ini sahih atau tak?”. Dia akan jawab dengan baik. Kalau nak bincang lebih lanjut, dia akan terbuka.

Cuba kalau tanya Aswaja (yang retard). Tanya mana rujukan pun nak marah dan kena kecam. “P lah cari sendiri, pemalas punya orang”. Macam dia sorang je yang belajar. Aku pun tak tahu ape pasal nak kedekut ilmu sangat? Nak kata sibuk tak jugak. Selamba aktif main FB. Entah-entah dia pun tak tahu kat mana rujukan. Ada je yang sembang main kencang macam sahih dan betul, tapi dia sendiri tak pasti dan tak boleh nak akses rujukan dia bila diminta.

Ni memang spieses yang aku nak mandikan dia dengan ludah. Cakap pasal warak dan ketelitian, tapi dia pun main lepas cakap je. Teliti dan warak tu sembang je. Belum pasti, tapi cakap macam pasti. Bila dibentangkan keraguan atau bantahan, dia nak mengamuk. Padahal, dia punya keercayaan berasaskan ketidakpastian dan terdedah dengan keraguan, kenapa nak mengamuk macam pasti pulak?

image

Tu kalau tanya atau nak bincang hadis itu sahih atau tak, lagilah kuat dia punya tempelak. “Kau tu ulama hadis ke? Terima je lah penilaian ni. Tak payah nak tunjuk pandai lah”. Ya, aku bukan ahli hadis. Tapi, sekurang-kurangnya aku bukan bodoh macam kau. Aku pun nak cuba nak clearkan isu dan semak aku punya pandangan. Tu pasal aku nak ajak bincang. Kalau kau betul dan aku dapat manfaat nanti, kau dapat jugak pahala tegakkan kebenaran.

Tu pasal aku lebih mesra dengan “openness” (keterbukaan) dan “transparency” (transparensi) wahabi ni. Layan sama rata tanpa prejudis seolah-olah macam sama-sama pelajar saling berbincang dan ingin tahu.

Bila kenang Aswaja (yang retard) ni, aku tak rasa macam kuriositi aku dihargai dan diberikan ruang. Terasa ada kasta antara aku dengan mereka. Dengan menjampikan “kau tu ulama ke?”, terus nak mengkastakan orang. Kasta rendah macam aku atau mungkin kau ni cukup tak payah guna otak. Telan je. Kalau nak guna otak jugak, siap sedialah kena jadi musuh walaupun sekadar nak kepastian sahaja atau nak cari penguat untuk sokong pendapat ulama itu.

Aku tak kata semua wahabi ada traits macam ni, tapi biasanya memang akan traits macam ni. Nak cakap wahabi tak taksub? Ada je yang dengar je rujukan dari sufi, terus alergik jijik dan tolak jauh-jauh. Yang minda tertutup pun ada je. Kalau tak ada, mana ada terlahirnya Daesh dan gerakan ekstrimis yang lain ni berakar dari wahabi. Nak cakap wahabi semua bermanis lunak? Sebahagiannya memang bengis dan kasar.

Nak cakap wahabi ni tak ada yang degil? Ada je bila tak dapat berhujah, terus block. Nak cakap tak ada wahabi sembang kosong macam pandai? Ada je sembang kencang dengan macam-macam istilah Arab, tapi bahasa Arab kantoi tak tau apa. Semua kekurangan ini aku akui. Jadi, tak perlu nak kata aku ni berkecenderungan wahabi.

Tapi, sekurang-kurangnya, mereka ni mesra untuk perbincangan ilmu walaupun mereka ni wahabi cilik atau baru bertatih. Orang nak tanya dan bincang pun tak perlu nak khuatir apa-apa. Cuma, lepas dah bertanya dan berbincang secara dalam, apa nak jadi selepas tu boleh macam-macam. Tetapi, ciri keterbukaan dan transparensi ni boleh dirasai dari mereka ini.

Memang terkenang kat guru aku yang Aswaja berkualiti. Walaupun mereka ni tak selari dan setajalan dengan wahabi, tapi mereka jawab persoalan secara objektif dengan layanan sama rata dan terbuka. Aku nak utarakan pandangan ataupun kemusykilan pun diberi hak dan ruang. Tak de pun suka-suka nak tutup atau halau “p lah cari sendiri. Malas nak jawab pun, mereka akan bagi clue di mana nak cari. Tak de jugak nak buat kasta dengan mantera: "Kau tu bukan ulama, ikut je lah”. Layan pelajar macam tanpa diskriminasi.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=126084505523890&set=pb.100043670240307.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment