Tetapi, waktu imsak ini sepatutnya sudah mula jangan fikir lagi tentang makanan dan minuman. Siap sedia untuk solat subuh. Masa itu pula kalau ada pinggan, mangkuk dan kuali belum dibasuh, masa pada waktu imsak itu boleh diperuntukkan membasuh dan mengemas dapur.
Lagipun, apabila waktu sahur, jika makan dan minum sangat banyak, waktu imsak adalah supaya perut lega dari tekanan dan berehat.
Bayangkan waktu perut sedang penuh, tiba-tiba perlu bergegas untuk cuci pinggan, kemas meja, mandi dan siap-siap untuk subuh kerana terlalu lewat menghabiskan sahur sehingga terdengar azan subuh. Badan mungkin rasa berat dan perut akan rasa tekanan.
No comments:
Post a Comment