Sunday, 25 September 2022

Peringatan Bagi Portal Berita Yang Suka Buat Tajuk Pancing-Klik


Kalau tanya semula kepada portal berita yang alternatif dan pop ini yang suka buat tajuk pancing-klik, apa beza mereka orang jahat yang pangkas (crop) gambar Tuan Guru Hadi Awang (TGHA)?

Tidak ada beza pun. Cuma bezanya adalah satu pancing-klik untuk sensasi dengan tulisan dan satu lagi pancing orang dengan pangkas gambar.

Biasalah kalau kita tegur portal berita yang alternatif dan pop ini bukannya peduli. Demi meningkatkan trafik dan sensasi, itu menjadi halal. Padahal, apa yang mereka buat pada tajuk berita dengan pangkas gambar ini sama sahaja tujuannya dan kesannya.

P/S : Saya bukan pembela TGHH. Kalau yang sudah lama kenal saya, parti hijau ini yang saya banyak membahan. Tetapi, dalam kes ini, memang murahan yang jijik.

No comments:

Post a Comment