Saya beberapa kali ajak untuk dia dengar penjelasan saya dalam sesuatu isu, tetapi selalu sahaja dia tidak mahu endah dan kadangkala lari. Katanya, dia tidak minat dan tidak mahu ambil tahu serta tak berpihak pada mana-mana.
Tetapi, apabila ada siapa entah yang berkonfrontasi dengan saya dalam isu yang saya selalu ajak dia untuk dengar pandangan daripada saya, dialah cepat menyokong orang yang berkonfrontasi itu. Dialah yang sama-sama gelak ketawa dengan orang itu, sama-sama mengejek dan menghiburkan suasana untuk menyerang saya.
Padahal, saya sudah terangkan dengan bawa rujukan dan sandaran untuk counter semula poin tersebut dan patahkan apa yang dibentangkan. Saya sudah ajak dia beberapa kali dan terangkan beberapa kali meskipun dia selalu berpaling muka dan asyik bermasam muka kerana jemu, tetapi alasan tidak minat dan tak nak ambil tahu itulah jadi ratibnya.
Memang sial orang macam ni.
Tidak minat untuk terbabit dalam isu yang dipertikaikan atau tidak minat mendengar penjelasan pihak lain?
Malas dah aku nak cakap elok-elok lagi. Jangan kata aku tidak pernah bagi penjelasan yang ilmiah yang paling lunak dan santun supaya kau rasa senang nak dengar penjelasan aku.
Orang dah bagi elok-elok, kau buat sambil lewa. Kau fikir aku peduli lagi perasaan kau bila aku berkasar dengan kau? Sebab kau sendiri tidak peduli apabila aku terangkan kepada engkau dengan cara paling baik yang semampu aku.
No comments:
Post a Comment