Apa yang terjadi pada TTKM yang meroyan sebab koyak, sebenarnya ada pengajaran tentang hidup kita.
Kalau hidup kita selalu troll dan buli orang, guriskan hati dan koyakkan hati orang lain, maka orang lain pun akan buat yang sama pada kita.
Kalau hidup kita selalu sangat mengata terhadap semua orang, maka orang lain pun akan ada sahaja nak mengata terhadap kita.
Kalau hidup ini selalu menjadi toksik kepada orang lain, maka orang lain pun akan simbah asid kepada kita.
Kalau kita selalu khianat kepercayaan orang, maka kita akan dikelilingi oleh para pengkhianat.
Kalau kita selalu memuliakan orang lain, maka orang sekeliling akan memuliakan kita.
Apa yang orang lakukan pada kita boleh jadi refleksi pada apa yang kita selalu buat pada orang lain.
Kalau itu yang suka kita lakukan pada manusia, maka kita juga akan hadapi yang sama. Akui realiti atau dipaku disakiti.
Nota : TTKM ini memang macam Bipolar Disorder. Satu masa nampak tenang. Selepas dua minit, kadang meroyan. Kemudian, tiba-tiba cool. Tak lama kemudian, mengigau. Kadangkala, dua perasaan berbeza dalam satu masa.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=455935285775179&set=pb.100040761337193.-2207520000..&type=3
No comments:
Post a Comment