Monday, 14 December 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 24 : Isana Kiryuu

 

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Isana Kiryuu.

>Īsāna (إِيسَانًا). Maṣdar (gerund) dari perkataan Āsana -Yuʾsinu (آسَنَ - يُؤْسِنُ). Ia dalam ungkapan Arab "Āsanat ar-Rō^iḥah al-Munattinah Māʾan" (آسَنَتْ الرَّائِحَةُ الْمُنَتِّنَةُ مَاءًا), iaitu bau busuk # mengubah air sehingga tidak boleh diminum #.

Nama yang tidak elok untuk bahasa Arab.

>Kiryuu. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab.

Rujukan : Al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4089260721124490&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3

No comments:

Post a Comment