Kau tu kalau pergi belajar kat timur tengah, mesti dah belajar dengan macam-macam masyayikh ulung dan ternama di sana. Kitab pun dah macam-macam khatam. Kau mungkin lebih rajin belajar daripada aku di sana. Jadi, aku jangka, bila kau balik, aku boleh belajar walaupun sedikit dan ambil manfaat ilmu dan kefahaman yang kau dapat di sana. Kau pula boleh bincang dengan ilmiah secara baik, matang dan objektif sebab pelbagai disiplin ilmu kau dibimbing dan dilatih. Kau juga mendapat pelbagai cetusan dan inspirasi suasana keilmuan dan budaya ilmiah di sana. Itu yang aku harapkan dari kau.
Tapi bila berbincang, kau main Ad-Hominem dan segala macam falasi yang lain hanya semata-mata nak discredit opinion orang lain, apa beza kau dengan orang awam yang lain? Bahasa kasar lagi, tak ada beza cara kau bergaduh dengan orang bodoh dan tolol yang lain. Itu kah yang diajar oleh guru-guru di sana dan apa yang kau dapat dari kitab-kitab yang kau pelajari selama ini?
Aku mintak kau bedah dan kutip apa yang tertulis dalam kitab dan apa yang guru kau pernah ajarkan dan bimbing kau, yang kau pergi buat selongkar kawasan peribadi aku atau orang lain, kemudian cari akhlak dan perangai mana yang tak boleh pakai supaya apa yang orang lain cakap tak valid. Tinggi-tinggi kau belajar, ni je cara kau nak bina ilmu kepada masyarakat dan pertahankan pendirian kau?
Bodoh betul bila jaja kat orang "Tuan-tuan, ini 15 bukti budak kartun ini tak boleh pakai". Laju dan rajin betul dia cari "kesalahan" peribadi aku. Tapi bila aku mintak dalil atau sandaran, dalih macam-macam. Kenapa tak guna kepantasan dan kerajinan kau untuk bentangkan hujah kau? Yang kau pergi guna untuk masuk isu peribadi buat apa?
Koyakkanlah sijil kau tu. Kitab arab yang kau simpan tu bagi je lah kat aku atau orang lain yang lebih pandai manfaatkan dan hargai ilmu.
Bila orang main falasi ni, terutamanya Ad-Hominem, tutup lah majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-'Asr. Tak ada guna teruskan perbincangan dengan orang berilmu yang sengaja pilih untuk menjadi bodoh dan tak nak bersikap ilmiah.
No comments:
Post a Comment