Saturday, 11 April 2020


Walaupun jadi tenaga pengajar / cikgu / tutor, masih tetap kena belajar dan ulangkaji. Walaupun mahu ajar satu buku sahaja atau topik yang kecil, itu pun kena ada pelbagai bahan perlu buat rujuk-silang.

Kadang aku rasa menyesal atau bersalah juga komplen sebab banyak kerja rumah kena buat dan banyak nak kena ulangkaji, tapi, tak begitu memahami tentang cikgu sendiri, hari ni kita tahu yang jadi pengajar pun masih kena belajar, ulangkaji atau buat homework. Malah, kena rajin lebih walau sedikit daripada pelajar. Kalau tak, memang tak mengajar jawabnya. Sebenarnya, di malam hari atau di waktu cuti yang tenang, para pengajar kadang korban msa untuk buat persiapan supaya pelajar dapat belajar dengan baik di esok pagi.

Sebab itu aku juga memahami kenapa penceramah (yang berkualiti) berang kalau penganjur tiba-tiba tukar topik kuliah yang lain daripada yang dijanjikan atau yang asal. Sebab, bukan semua benda pengajar tahu. Mereka juga perlu buat homework dan ulangkaji. Kalau dah tahu pun, nak bagi tahkik ilmu dan pemahaman. Buat persiapan yang secukupnya. Nak tukar pun, maklumkan awal, bukan saat akhir.

Aku pun kagum jugak yang mengajar mari dengan tangan kosong, bawak diri je, tapi boleh mengajar dan sampai ilmu yang diperlukan. Entah macam mana dia punya belajar.

No comments:

Post a Comment