Pasar pun bukan tempat selamat. Boleh keluar ke pasar pun hanya bila keadaan diperlukan, bukan suka-suka. Itu pun bila keluar, kena pakai topeng hidung dan mulut, amalkan social distance, jauhkan bersesak-sesak dan kena rajin basuh tangan. Tak ada keperluan, kena balik. Balik bukan sebab tak nak kena hempuk dengan askar, sebab kesihatan sendiri dan orang sekeliling jua.
Apa yang terjadi di Ijtimak Tabligh membuktikan bahawa masjid dan program agama bukanlah tempat selamat dari terkena jangkitan. Ramai pula tu yang disahkan positif. Malah, ada yang meninggal disebabkannya! Inilah benda yang agamawan cibai buat-buat tidak faham atau memang duduk dalam tempurung! Bodoh!
Nak kata apa jemaah tabligh yang terkena ni? Tak cukup iman? Tak cukup amalan? Banyak dosa? Wei sial! Nak kata apa kat mereka yang terkena ni?
Ya. Engkau tu ada tawakkal tinggi atau keimanan yang tidak tercabar, tetapi itu bukan bermakna bila kau ada semua itu, automatik semua nasib yang baik (seperti terhindar daripada penyakit) akan berpihak pada kau. Kau kena ikut jugak aturan dunia ini kalau kau nak selamat dan berjaya.
Tak tahu jalan, tengok peta atau tanya orang, bukan semberono main jalan dan main serah je kat Allah untuk tolong. Nak tangkap orang pun, buat research dan rancang strategi dulu, bukan hanya bismillah dan main serbu rumah. Nak pancing ikan pun, cari kat tempat yang berpotensi ada ikan, bukan pergi parit tercemar, lepas tu tawakkal dengan harapan dapat seekor. Bodoh lah tu namanya.
Yang nak bagitau adalah tawakkal dan iman bukan alasan untuk kau semberono membabi buta atau malas. Bukan juga mantera yang dengan sendirinya terbuka pintu hikmat, ajaib dan magik macam cerita kartun. Kau kena pakai otak jugak dan kerah tenaga untuk capai apa yang kau nak.
Agamawan yang otak bengap ini ada tak bersimpati kepada semua ini ini? :
a) Doktor. Kau tak kesian ke mereka tak cukup masa dan tak cukup tangan nak handle pesakit semakin bertambah? Tak boleh ke sekurang-kurangnya dengar nasihat mereka yang telah berada di barisan hadapan berdepan dengan penyakit maut? Kau bawalah kata-kata yang menunjukkan kau tu jaguh agama, tetapi para doktor inilah yang bertungkus-lumus nak mengawal dan jaga keadaan. Kau buat apa? Dah kena kat kau atau keluarga kau, baru terhegeh-hegeh nak hantar ke doktor yang kau degil sangat nak dengar nasihat.
b) Kos perubatan untuk wabak ini mencecah ratusan ribu. Syukur itu semua ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pada waktu ini. Janganlah tambah beban kepada kewangan kerajaan dengan menambahkan bilangan disebabkan ada perangai penghasut macam kau atau kau sendiri yang buat pasal pada orang lain.
c) Orang sekeliling. Ia boleh tersebar daripada seseorang tanpa ada apa-apa simptom yang jelas dan ia boleh melekat di pelbagai tempat yang menjadi punca penyebaran. Bila terkena, ramai sekeliling boleh jangkit. Tengok kes ijtimak tabligh pun cukuplah. Malah, ada orang yang membawa penyakit ini menjadi sebab masjid perlu ditutup sementara untuk dibersihkan! Kau tak rasa lagi ini berpotensi menyusahkan jemaah yang lain? Sebab itulah saranan diberikan daripada petugas kesihatan bukan atas dasar ikut kepala otak bodoh macam kau buat kenyataan!
No comments:
Post a Comment