Sunday, 12 April 2020

Maksud al-ʿIzzah (العِزَّةُ)

1) Sudut makna dari maṣdar (gerund) dari perkataan ʿAzza - Yaʿizzu (عَزَّ - يَعِزُّ), ia bermaksud :

(a) Qowiya Wa Bariʾa Min aḏz-Ḏzull (قَوِيَ وَبَرِئَ مِنَ الذُّلِّ), iaitu menjadi kuat dan bebas dari kehinaan.

(b) Karuma ʿAlayhi (كَرُمَ عَلَيْهِ), iaitu bermurah hati terhadap seseorang.

(c) Qolla Falā Yakādu Yūjadu (قَلَّ فَلَا يَكَادُ يُوجَدُ), iaitu sedikitnya (sesuatu) yang hampir-hampir tidak ada.

(d) Sāla (سَالَ), iaitu mengalir (air).

(e) Isytadda (اشْتَدَّ), iaitu bersangatan. Jika dikatakan Isyatadda ʿAlyya An Afʿalahu (اشْتَدَّ عَلَيَّ أَنْ أَفْعَلَهُ) , iaitu sukar untuk aku melakukannya.

(f) Gholaba Wa Qoharo (غَلَبَ وَقَهَرَ), iaitu menewaskan (seseorang atau sesuatu).

2) Sudut makna dari Ism al-Jāmid (non-derivative noun).

(a) Al-Quwwah Wa al-Gholabah (الْقُوَّةُ وَالْغَلَبَةُ), iaitu keperkasaan.

(b) Al-Ḥamiyyah Wa al-Anafah (الْحَمِيَّةُ وَالْأَنَفَةُ), iaitu bongkak.

Rujukan :

a) Almaany Online Dictionary
b) Al-Muʿjam al-Wasīṭ

No comments:

Post a Comment