Aku pun baca kitab syeikh Saʿīd Mamdūḥ yang kritik penilaian hadis al-Albāni. Aku pun baca mereka yang bermanhaj mutaqaddimin yang memang tak ngam dengan al-Albāni. Tak ada pulak isu pertama (atau yang terakhir) yang dibangkitkan dalam kritikan adalah sebab beliau adalah tukang jam. Nampak sangat orang yang membangkitkan kariernya semata-mata untuk merendahkan hujahnya adalah budak yang terencat akalnya.
Ahli hadis pun ada dari kalangan mereka yang bekerja. Bukalah kitab Tārikh Baghdād dan Siyar Aʿlām an-Nubalāʾ, jumpa je yang berwazan Faʿāl (فَعَّال) di belakang nama mereka, kebanyakanya ia merujuk kepada pekerjaan mereka. Ini bersepah boleh jumpa di kitab ini.
Aku bagi contoh mereka yang terkenal. Yaḥyā bin Saʿīd. Beliau bekerja sebagai al-Qoṭṭōn (الْقَطَّان), iaitu peniaga kapas. Pernah dengar Musnad al-Bazzār? Selalu sebut "al-Bazzār" (البَزَّار), tetapi apa maksudnya? Iaitulah peniaga benih/bumbu atau rempah. Antara contoh ahli hadis yang terkenal adalah ʿAffān bin Muslim. Pekerjaannya adalah aṣ-Ṣoffār (الصَّفَّار), iaitu tukang tembaga. Contoh yang lain adalah ʿAmr bin ʿAliyy. Pekerjaannya al-Fallās (الفَلَّاس), iaitu, pengurup wang. Tak kenal semua nama ini, lebih baik jangan mengaku sebagai pengkaji hadis.
Kadang ada je pekerjaan yang disebutkan tanpa menggunakan wazan tersebut. Ada yang mereka bekerja sebagai hakim (al-Qōḍī) atau as-Simsār (broker) seperti Ṣōliḥ bin Aḥmad bin Muḥammad at-Taimi atau al-Kātib (kerani) seperti Muḥammad bin Sa*d, pengarang aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō.
Yang aku nak cakap adalah jangan hina pekerjaan orang lain atau jadikan pekerjaan orang lain untuk benamkan pendapat orang lain. Hujah dilawan dengan hujah. Kalau manhaj kau adalah manhaj ilmu, tunjukkan kemampuan ilmu kau. Bukan pamerkan kebodohan.
P/S : Jangan kata aku ini pengikut al-Albāni pulak. Aku ni bersama mereka yang bermanhaj mutaqaddimin. Tapi, nak main Ad-Hominem macam ni memang buruk perangai dalam berdiskusi.
No comments:
Post a Comment