Baik. Ada dua cara. Pertama, tanya peminat band atau lagu itu. Senang kan? Kedua, tengok lirik.
"Tapi, kan. Ada band ni boleh ada 100 lagu lebih yang mereka telah hasilkan. Letih lah nak tengok satu-satu".
Haa.. Ada cara dia. Yang inilah aku akan kongsi cara mudah untuk dapatkan pengenalan secara sepintas apa yang dibawa oleh band tersebut.
Pertama : Christian Metal Fandom
Laman sesawang : https://christian-metal.fandom.com/wiki/List_of_Christian_Metal_Bands
"Eh? Dah kenapa pulak cadang laman ini? Saya bukan kristian".
Haa. Yang nak bagitau di sini, senarai band ni bukanlah kumpulan nasyid versi kristian yang bawa lagu metal, cuma nak disampaikan bahawa mereka yang berpegang teguh dengan kristian tidak akan membawa mesej atau ungkapan yang menunjukkan penentangan terhadap agama atau tuhan.
Pun begitu, bukanlah mesti band ni hanya nyanyi lagu puji Jesus, Mary atau yang berkaitan dengan teologi / akidah mereka. Ada je yang boleh diterima ramai seperti isu kemanusiaan, sains fiksyen, jiwang, penyakit mental, kutukan terhadap rejim politik yang korup dan lain-lain.
P/S : Tapi, banyak pulak band yang aku minat tak ada dalam list ini. Gulp!
Kedua : Metal-Archives
Laman sesawang : https://www.metal-archives.com/
Platform ini membantu untuk kenal lirik yang dibawa oleh sesuatu band itu. Kalau ada yang satanik, dia akan maklumkan siap-siap. Begitu juga kalau ada lagu yang berkaitan dengan anti-agama dan anti-tuhan. Lepas tu pulak, kalau bertuah, dari laman itu tu jugak, kita boleh check lirik satu persatu kat mana yang dia menyetan dan maki tuhan.
Cuba tengok contoh (A). Ini aku ambil dari band The Faceless dan Barad Dur. Nampak tak dia dah maklum siap-siap apa tema yang dibawa oleh band ini? Jadi, kita ada hint dan gambaran asas sedikit tentang lagu yang dibawa oleh band ini.
Kekurangan : Kadang ada band yang popular tak ada dalam website ini. Contohnya seperti Bullet For My Valentine, Alesana, Born Of Osiris, Suicide Silence dan Periphery tidak ada dalam laman ini, padahal semua mereka band metal yang terkenal. Aku tak tahu kenapa. Mungkin admin dia ada dendam dengan band tu sampai tak nak masukkan dalam laman sesawang dia.
Ketiga : Dark Lyrics
Laman sesawang : http://www.darklyrics.com/
Ini adalah pilihan terakhir kalau dua-dua tidak membantu apa yang kita hajatkan.
"Banyak je laman lain boleh tengok lirik, apesal cadang laman ni pulak?".
Laman ini memudahkan kita untuk melihat lirik dalam satu page sekaligus. Contohnya, kalau kita klik mana-mana lagu yang dikategorikan mengikut album, ia akan papar semua lirik lagu yang ada dalam album. walaupun akhirnya dia skrol ke pilihan yang kita klik itu.
Cuba tengok contoh (B). Ini salah satu senarai lagu yang ada dari band In Flames yang dikategorikan mengikut album. Bila kita klik lagu "Morphing Into Primals", ia akan papar terus ke tajuknya, tapi still kita boleh skrol ke atas atau ke bawah untuk semak lirik pada tajuk lagu yang sebelumnya dan yang selepasnya satu per satu yang ada dalam album itu dalam satu page.
Beberapa Nota :
a) Nak tak nak kita tetap kena tengok lirik satu-satu. Kadang walaupun ada dalam list band Kristian, boleh jadi band itu kadang awal-awal penubuhan, mereka mesra kristian, tapi lama-lama, jadi murtad pulak. Walaupun dalam laman sesawang Metal-Archive itu tak ada tulis dalam Lyrical Theme bahawa ada lagu setan yang dibawa oleh sesuatu band, bukan bermakna tidak ada lagu yang mesra semua penganut. Mungkin itu sahaja tidak begitu signifikan sehingga admin atau editor hanya simpulkan pada yang signifikan sahaja.
b) Kalau nak selamat, carilah nusantara punya (ceh! padahal nusantara punya ada je bawa satanik punya). Kenapa nusantara? Sebab warga nusantara masih berpegang kuat pada kepercayaan dan nilai-nilai agama. Jadi, lirik mereka, insyaAllah, tidak terlalu menyimpang dari ajaran agama. Atau kalau boleh, carilah Asia atau Arab. Selalunya negara ini agak menapis liriknya dari terbabas jauh kerana mereka setia dengan nilai konservatif. Tidak terlalu terbuka macam di Eropah sana. Tapi, masalahnya, band yang Asia atau Arab punya selalu tidak dikenali dan kadang tidak jumpa liriknya dalam mana-mana laman sesawang.
c) Genre apa yang selamat? Well, ada yang boleh kita buat generalisasi. Contohnya, pornogrind atau goregrind. Sekarang, anda tahu kan apa yang ingin dibawa dengan lagu ini? Contoh yang lain adalah power metal. Yang ini lagunya tidak ada nyanyian bervokal keras. Malah, lagu dari genre ini banyak mesra untuk gamer dan watak superhero.
Ada yang kita boleh buat generalisasi secara persangkaan kuat kerana kita tahu bahawa genre sebegitu memang khas untuk lagu itu. Contohnya grindcore atau brutal death metal.
Ada yang kita tidak boleh buat generalisasi kerana kesukaran untuk menentukannya. Contohnya, walaupun Black Metal sinonim dengan lagu satanik atau pagan, namun ada sahaja band yang tidak membawa unsur sebegitu. Contohnya, Oathbreaker. Malah, ada subgenre Depressive Suicide Black Metal yang fokusnya untuk membawa atmosfera yang sedih. Jadi, kita tidak boleh hukum sebegitu sahaja.
Contoh yang lain aku mahu sahaja buat generalisasi bahawa subgenre melodic tidak kira melodic death metal, melodic metalcore atau melodic deathcore ini mesra semua kepercayaan, tapi susah untuk simpulkan semacam ini walaupun pemerhatian dan dapatan aku semacam itu. Nak tak nak, tengoklah lirik.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3289353271115243&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment