terdengarkan gertakan yang merempuh,
ku sangkakan perang telah bermula,
lalu ku pandang di luar jendela,
rupanya petir dan guruh menderu,
mengumumkan ketibaan hujan yang hadir,
membasahi tanah melayu yang semakin kekeringan,
ketikamana manusia bertelagah tentang politik,
hiruk pikuk mengganggu kedamaian hari,
dan sumber kehidupan semakin mengering,
dimakan oleh terik mentari yang membahang,
kini kau hadir memberi tiupan bayu,
bagai dingin selimut yang menutupi aku,
supaya aku diulit keenakan dalam tidur
namun engkau adalah realiti,
yang memberikan benih kelembutan,
untuk kami meneruskan kelangsungan kehidupan,
setelah lama kami bermimpikan harapan kami,
untuk bangkit dari kelayuan yang merebah,
kali ini ku mencium keharuman bumi,
syurga dunia yang diimpikan bahagianya,
sampaikan daripada cintaku ini… wahai hujan
kepada Tuhan yang menghembuskan ruh ini,
nyawa dan nafas hidup kami…..
-17 Ogos 2014-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/787579691292626
No comments:
Post a Comment